Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu b0ikot syarikat penghantar makanan, Foodpanda.
Hal ini demikian berikutan tindakan mogok pekerja Foodpanda terhadap skim pembayaran baharu mereka.
Isu ini malah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda supaya tidak angkuh.
Kenyataan itu susulan kenyataan Pengarah Urusan FoodPanda, Sayantan Das yang membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan tindakan mogok terhadap skim pembayaran baharu mereka.
Ekoran dari itu, netizen dilihat bersimpati dengan nasib penghantar makanan yang terpaksa berdepan dengan kadar bayaran baru yang lebih murah.
Hasil tinjauan di Twitter, rata-rata wargamaya menggunakan tanda pagar #boycottfoodpanda yang menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan tersebut.
Malah, ramai yang telah memadam aplikasi tersebut di dalam telefon pintar mereka.
Terdahulu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok susulan pengenalan kadar baru bayaran untuk pekerja.
Menerusi skim lama, penghantar menerima bayaran asas RM4 sejam selain insentif pesanan antara RM3 hingga RM5 bagi setiap pesanan, bergantung prestasi individu.
Bagaimanapun, menerusi skim pembayaran terbaru, Foodpanda menghapuskan bayaran asas jam bekerja sebaliknya meningkatkan insentif pesanan antara RM4.50 hingga RM7 untuk setiap pesanan.
Tindakan itu memberi kesan kepada penghantar makanan yang sebelum ini menerima bayaran RM4 sejam selain mendapat bayaran tambahan jika menghantar pesanan kepada pelanggan.
Kerja Grab dan FoodPanda Tidak Bermaruah
Belum lagi reda dengan isu b0ikot foodpanda, baru-baru ini timbul pula berita yang kurang enak mengenai pekerjaan penghantar makanan atau runner ini.
Dalam satu sesi temubual satu stesen tv yang bercakap mengenai “gig economy”, seorang penyarah jemputan untuk sesi temu bual tersebut ternyata sangat k0ntroversi dan tidak disenangi oleh netizen terutamanya para rider dan runner.
Pensyarah berkenaan secara terbuka melabelkan pekerjaan runner atau rider ini sebagai ‘tidak bermaru4h’ dan cuba untuk memperbetulkan kenyataannya apabila beliau sedar sudah terlepas cakap. Namun, kenyataan itu sedikit sebanyak telah melukakan hati rakyat Malaysia yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian.
Pengguna Facebook bernama Iman Runner antara yang kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah tersebut. Bagi beliau, runner yang ‘tidak bermaru4h’ inilah yang bekerja keras demi kesenangan orang lain. Kerja yang lakukan semuanya demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup.
Saudara Qayyum Irwanzi juga tidak senang dengan kenyataan yang dibuat dan berkata tidak semua orang mempunyai laluan hidup yang sama. Ada yang mudah mengecap kejayaan dan ada yang tidak begitu bernasib baik.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata banyak hati yang terluka,” tulis Qayyum menutup tulisannya. Sehubungan itu, netizen mahu pensyarah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap tidak ada lagi mana-mana individu memandang rendah pekerjaan halal yang ada di Malaysia.
Apa-apapun kita berharap isu p4nas yang melanda penghantar makanan atau runner ini segera diselesaikan. Ini sebenarnya boleh menganggu ekonomi negara jika tidak selesaikan dengan segera.