Artikel ini akan kongsikan bagaimana untuk membuat permohonan TLDM 2023 serta syarat kelayakan untuk menyertai Tenteta Laut Diraja Malaysia. Kami juga akan kongsikan maklumat terkini semakan TLDM siri 225/23 bagi tahun 2023 untuk pengambilan perajurit muda.
Unit Tentera di Malaysia bukan sahaja melibatkan tentera darat dan udara, tetapi juga Tentera Laut yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara. Selain dari permohonan tentera darat yang telah di war-warkan, permohonan TLDM 2023 juga sedang dibuka pada waktu sekarang. Sekiranya anda berkelayakan untuk memohon, boleh berbuat demikian untuk dalam siri pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Suasana digital dan kemudahan penggunaan teknologi yang ada pada hari ini cukup memudahkan anda untuk membuat permohonan. Sistem permohonan online yang diwujudkan oleh Navy Mil telah dibangunkan untuk memudahkan anda yang berminat untuk membuat permohonan. Tiada sebarang permohonan secara walk in dibenarkan.
Sebelum membuat permohonan, anda mesti benar-benar mempunyai minat dan kelayakan , jangan membuang masa untuk memohon sekiranya tidak mempunyai minat dalam bidang ini. Menurut sumber, kali ini cukup ramai yang membuat permohonan baru.
Borang Permohonan TLDM 2023 Online
Sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, samada anda lelaki atau wanita, hantarkan borang permohonan TLDM 2023 anda pada semakan pautan ini https://www.surveymonkey.com melalui TLDM masuk 2023.
Syarat Kelayakan Permohonan TLDM 2023
1. Anda mestilah telah berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 25 tahun semasa borang ini dihantar kepada Navy Mil
2. Mestilah warganegara Malaysia yang sah
3. Masih bujang di Malaysia
4. Bagi yang telah berkahwin tidak dibenarkan memohon
5. Tidak mempunyai rekod jenayah di Malaysia
6. Mempunyai kelululusan diploma kejuruteraan daripada universiti swasta/awam/politeknik
7. Tahap ‘Body Mass Index’ BMi mestilah mencapai julat yang ditetapkan
8. Tubuh badan yang sihat
9. Mengikuti spesifikasi berat badan, ketinggian, ukuran dada yang telah ditetapkan. Tahap penglihatan juga mestilah berada dalam keadaan baik dan tidak rabun.
Semakan Tarikh dan Lokasi Pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia 2023
Bagi anda yang ingin membuat semakan lokasi pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu navy mil di Kedah, Sarawak, Sabah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembulan, Putrajaya, Selangor , Pulau Pinang, Perak dan Perlis adalah seperti dibawah:
Zon Tengah
- Kem Sendayan N. Sembilan
- Markas 11 Briged Kem Sungai Buloh Selangor
- MSS Kem Mahkota Kluang
- Sekolah Menengah Teknik Melaka
- Markas 12 Briged Kem Wardie Burn Kuala Lumpur. KL
Zon Sabah
- KD Sri Sandakan Sabah
- KD Sri Kota Kinabalu Sabah
Zon Sarawak
- Pangkalan Udara Kuching Sarawak
- 20 RAMD Kem Sri Miri Sarawak
Gaji dan Elaun Tentera Laut Diraja Malaysia
Selain dari minat untuk menyertai TLDM 2023 ini, pastinya antara sebab lain ialah pendapatan tetap dan keistimewaan yang bakal diperoleh setelah diterima menjadi anggota TLDM ini.
Antara keistimewaan yang disediakan adalah rawatan gigi, rawatan kesihatan percuma , baju pakaian seragam disediakan, setiap tahun disediakan elaun perjalanan, makanan dan penginapan percuma. Anggota juga mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran dan menikmati caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Setelah diterima menjadi anggora Tentera Laut Diraja Malaysia, anda layak untuk memperoleh imbuhan gaji serta beberapa elaun khas sebagai insentif untuk anggota yang bertugas di Sabah dan Sarawak atau Semenanjung Malaysia. Tuntutan perjalanan dan cuti tahunan juga disediakan.
- Gaji permulaan anggota TLDM ialah RM1700 hingga RM2341 sebulan tidak termasuk elaun
Perkongsian Pengalaman Peringkat Pemilihan Anggota TLDM
Semasa sesi pemilihan akan diadakan di pusat atau lokasi Tentera Laut Diraja Malaysia dan mengambil tempoh 3 hingga 4 hari. Antara tentatif sesi pemilihan ini ialah:
- Peringkat paling awal, pemeriksaan dokumen penting akan dilakukan, anda mestilah membawa semua dokumen dengan lengkap termasuk surat beranak, salinan kad pengenalan, keputusan X Ray, keputusan akademik dan lain-lain
- Pada peringkat kedua pula, akan diadakan ujian kecergasan yang melibatkan larian sejauh 2.4 KM yang perlu ditamatkan dalam masa 12 minit sahaja, selain itu adalah ujian tekan tubi (push up) dan Sit Up yang perlu dilakukan sebanyak yang boleh.
- Peringkat yang ketiga adalah ujian pemeriksaan kesihatan yang melibatkan pemeriksaan mata, ketinggian, berat badan, ujian darah dan keputusan air kencing.
- Peringkat terakhir ialah ujian IQ yang melibatkan tahap pengetahuan anda mengenai angkatan tentera di Malaysia, ujian kepimpinan dan ujian public speaking.
Bagi anda yang akan membuat permohonan TLDM 2023 nanti, kami doakan anda semoga berjaya dan dipermudahkan setiap sesi ujian yang bakal dihadapi.