Syarat Pinjaman Peribadi Bank Islam Terkini
Pinjaman Peribadi Bank Islam. Kepada individu yang ingin membuat pinjaman peribadi Bank Islam anda perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank dahulu sebelum memohon permohonan pinjaman.
Syarat-syarat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini berlainan mengikut jenis iaitu mengikut “PAKEJ”, “BUKAN PAKEJ” dan “Program Untuk Pengamal Perubatan”.
Terbaru, ada juga kempen buat guru dan jururawat. Tempoh kempen adalah dari 1 April 2016 hingga 30 Jun 2016 (termasuk kedua-dua tarikh) (Kempen ini telah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2016).
Bagaimana syarat dan cara untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam terkini?
Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui syarat-syarat dan cara memohon pinjaman peribadi Bank Islam.
Info dan Syarat Pinjaman Peribadi-i (Pakej)
Ciri-Ciri
Amaun Pembiayaan
- Berdasarkan had kelayakan dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM10,000 dan amaun maksimum sebanyak RM200,000
Tempoh Pembayaran
- Maksimum 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, yang mana lebih awal
Tawaran Kadar Pembiayaan
- 1-10 tahun: 4.99% setahun
- 1-3 tahun : Kadar Asas (KA) + 1.80%% setahun atau Kadar Asas (KA).
- 4-10 tahun : Kadar Asas (KA) + 2.70% setahun atau Kadar Asas (KA).
Nota: Kadar Asas terkini – 3.90% setahun.
Pembayaran Pendahuluan
- Bersamaan dengan 2 bulan ansuran
Kelayakan
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai pendapatan tetap minimum RM2,000 sebulan
- Pemohon hendaklah terus menjadi pekerja dalam sektor-sektor yang berikut:
- Sektor Kerajaan
- Syarikat Senarai Awam Terpilih
- Anak-anak Syarikat Kerajaan atau Syarikat Senarai Awam Terpilih
- Syarikat Sendirian Berhad Terpilih yang lain yang dikategorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh Bank Islam
Perlindungan Takaful
- Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi
Fi Wakalah
- RM50.00 – Kerana menjadi ejen pelanggan untuk menjual komoditi kepada Broker
Dokumen yang diperlukan
- Fotokopi kad pengenalan
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan terkini
- Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji)
dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
- Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC); atau
- Sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini, jika perlu
Kaedah Pembayaran
- Potongan gaji
- Pindahan Gaji ke Bank Islam dengan arahan Autodebit
Manfaat
- Kadar yang kompetitif
- Tanpa caj terselindung
- Tanpa penjamin
- Tanpa deposit
- Tanpa fi pemprosesan
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel
- Harga jualan – tetap dan diketahui
- Kelulusan cepat
Info dan Syarat Pinjaman Peribadi-i (Bukan Pakej)
Margin Pembiayaan
- Berdasarkan had kelayakan dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM10,000 dan amaun maksimum sebanyak RM150,000
- Pembiayaan RM30,000 dan ke bawah – tanpa penjamin
- Pembiayaan melebihi RM30,000 – seorang penjamin.
Tempoh Pembayaran
- Maksimum 120 bulan (10 tahun) atau sehingga umur persaraan, yang mana lebih awal.
Margin keuntungan
- 1-3 tahun: 6.00% setahun (Kadar Rata)
- 4-8 tahun: 6.80% setahun (Kadar Rata)
- 9-10 tahun: 7.00% setahun (Kadar Rata)
Pembayaran Pendahuluan
- Bersamaan dengan 2 bulan ansuran
Kelayakan
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran.
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai pendapatan tetap minimum RM3,500 sebulan
- Pemohon dan/atau penjamin hendaklah terus menjadi pekerja dalam sektor-sektor yang berikut:
- Sektor Kerajaan
- Syarikat Senarai Awam
- Anak-anak Syarikat Kerajaan atau Syarikat Senarai Awam
Perlindungan Takaful
- Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi
Dokumen yang diperlukan
- Satu salinan kad pengenalan
- 3 bulan Slip gaji terkini
- Surat pengesahan jawatan terkini
dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
- Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC); atau
- Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji); atau
- Sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini, jika perlu
Kaedah Pembayaran
- Potongan gaji
- Pindahan Gaji ke Bank Islam dengan arahan Autodebit
- Arahan tetap daripada Bank lain (daripada akaun pengkreditan gaji)
Manfaat
- Tanpa caj terselindung
- Harga jualan – tetap dan diketahui
- Kelulusan cepat
- Kadar yang kompetitif
Info dan Syarat Pinjaman Peribadi-i (Program untuk Pengamal Perubatan)
Ciri-Ciri
Amaun Pembiayaan
- Berdasarkan had kelayakan dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM10,000 dan amaun maksimum sebanyak RM200,000
Tempoh Pembayaran
- Maksimum 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, yang mana lebih awal.
Kadar Pembiayaan
- 1-10 tahun: 4.99% setahun
- 1-3 tahun : KA + 1.30% setahun
- 4-10 tahun : KA + 2.60% setahun
Nota: Kadar Asas terkini – 3.90% setahun.
Pembayaran Pendahuluan
- Bersamaan dengan 2 bulan ansuran
Kelayakan (Pekerja Bergaji)
- Pemohon hendaklah berumur 25 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran
- Warganegara Malaysia
- Sumber pendapatan tetap dengan pendapatan kasar minimum RM2,000 sebulan
- Tempoh minimum dalam perkhidmatan:
- Kakitangan Tetap: 6 bulan
- Kakitangan Kontrak: 2 tahun (hanya Kerajaan)
Kelayakan (Pemilik Tunggal atau Perkongsian)
- Pemohon hendaklah berumur 25 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran (umur akhir ketika memohon adalah 65 tahun dan pembiayaan sehingga 70 tahun)
- Warganegara Malaysia memperoleh pendapatan bulanan kasar minimum RM2,000 dan ke atas
- Minimum 2 tahun dalam perniagaan
Perlindungan Takaful
- Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi
Fi Wakalah
- RM50.00 – Kerana menjadi ejen pelanggan untuk menjual komoditi kepada Broker
Dokumen yang Diperlukan
Bagi pemohon yang bersumberkan pendapatan gaji:-
- Satu salinan kad pengenalan
- Slip gaji terkini
- Surat pengesahan terkini daripada majikan
- Sijil pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia
dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
- Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC); atau
- Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji); atau
- Sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini, jika perlu
Bagi pemohon Pemilik Tunggal atau Perkongsian
- Satu salinan kad pengenalan
- Pendaftaran Perniagaan
- Penyata akaun semasa 6 bulan terakhir
- Borang penyata pendapatan terkini (Borang J/BE/eBE) dengan resit pembayaran
- Penyata kewangan 2 tahun terakhir
- Sijil pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia
Kaedah Pembayaran
Bagi pemohon yang bersumberkan pendapatan gaji:
- Potongan gaji
- Pindahan Gaji ke Bank Islam dengan arahan Autodebit
- Arahan Autodebit daripada Bank lain (daripada akaun pengkreditan gaji)
Bagi pemohon Pemilik Tunggal atau Perkongsian
- Arahan Autodebit daripada Bank Islam atau bank-bank lain (daripada akaun pengkreditan gaji/perniagaan)
Manfaat
- Kadar yang kompetitif
- Tanpa caj terselindung
- Tanpa penjamin
- Tanpa deposit
- Tanpa fi pemprosesan
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel
- Harga jualan – tetap dan diketahui
- Kelulusan cepat
[button-blue url=”http://www.bankislam.com.my/home/ms/permohonan-segera-secara-talian/” target=”_self” position=”left”]Klik Sini Untuk Permohonan[/button-blue]
Kesimpulannya, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bank dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi. Jika terdapat syarat-syarat yang tidak dipenuhi kemungkinan pinjaman peribadi anda ditolak oleh pihak Bank Islam.
Oleh itu, menjadi satu kewajipan oleh pemohon untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum memohon pinjaman peribadi.
Ingin memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat?
[button-red url=”https://www.blogammar.com/pinjaman-peribadi-bank-rakyat/” target=”_self” position=”center”]KLIK SINI[/button-red]
Leila
Walaupun syarat dah jadi ketat sikit dari Bank Islam, tapi kelulusan utk pinjaman masih tinggi. Kawan I baru dpt pembiayaan pinjaman utk selesaikan hutang bisnes kecil dia ngan pinjaman dari Bank Islam.