BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kami Bukan Penunggang Agama – Fitri Haris

ammar

Penyanyi nasyid Fitri Haris, 34, berkata, mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan. Jadi, adalah lebih wajar netizen mendoakan yang baik-baik saja.

Fitri kecewa dengan segelintir netizen yang melabelkan selebriti Islamik sebagai penunggang agama.

Sejak kebelakangan ini, isu ‘penunggang agama’ menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila munculnya drama terbaru di TV3 iaitu Nur 2.

Watak yang dipegang oleh Azhan Rani sebagai Ustaz Madi memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat kita yang menonton.

Dalam drama tersebut dengan jelas menunjukkan Ustaz Madi memain peranan sebagai ‘penunggang agama’. Ini membuatkan ramai netizen di Malaysia mula geram dan marah dengan golongan ini.

Terbaru, di alam nyata isu ‘penunggang agama’ ini menjadi hangat berikutan tindakan bekas peserta Pencetus Ummah(PU) dan penceramah bebas, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, atau PU Abu menceraikan isterinya yang sarat mengandung dan berkahwin dengan ibu tunggal.

Fitri berkata, dia melihat situasi penunggang agama itu lebih ke arah persepsi masyarakat di mana golongan ilmuan tidak boleh melakukan kesilapan.

“Namun, jangan dilupa bahawa golongan ilmuan juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan,” katanya.

Menurut Fitri, dalam konteks persepsi sekarang, jika golongan ilmuan membuat silap, maka isu tercetus itu akan menjadi besar.

“Ini kerana apa yang dilihat kini adalah konsep ‘kau ceramah, aku dengar’ dan terus dijadikan sebagai idola. Bukan sekadar idola diri sendiri tetapi dititipkan juga kepada anak-anak supaya mencontohi individu ilmuan itu,” katanya.

Menurut Fitri, jangan sewenang-wenang memberi pandangan dan pendapat kerana ditakuti akan mencetus fitnah.

“Kita tidak duduk di tempat individu itu dan mana mungkin mengetahui cerita sebenar Jadi, jangan mudah membuat andaian,” katanya.

ARTIKEL LAIN  Cara Dapatkan Lencana “Top Fan” Di Facebook Page

Apa yang cuba disampaikan oleh Fitri itu ada betulnya juga. Kita sebagai masyarakat jangan cepat menilai orang dari segi luaran kerana setiap orang pasti ada silapnya.

Jalan yang terbaik adalah sama-sama kita mendoakan kepada golongan ini terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik.

Diam lebih baik dari berkata-kata. Mungkin itulah cara yang sesuai digunakan oleh kita dengan keadaan dunia yang penuh dengan fitnah ini.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: "Will see u in court" - PU Abu Sufyan
    April 27, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • adi putra
    Patutlah Dapat Pangkat Dato’, Rupa-rupanya Adi Putra …
    October 25, 2017 3
  • Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
    Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa …
    March 16, 2017 1
  • agong makan roti tempayan
    Netizen C1na Tuduh Agong ‘Berlakon’ Makan Roti …
    June 17, 2020 0
  • usahawan
    Barang mahal disebabkan kamu tiada duit. – …
    July 29, 2024 0
  • kes bunuh
    Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Serentak Angkara …
    October 1, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)