BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa Baca Bismillah

Islah Ibrahim December 17, 2022

Artikel ini akan memberikan panduan untuk anda yang ingin belajar cara baca doa makan, doa selepas makan dan apakah yang perlu dibaca sekiranya terlupa baca bismillah semasa hendak makan.

Dalam sejarah islam, satu hadis telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin Al ‘Ash R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, ketika makanan didekatkan kepada baginda, maka baginda mengucapkan

“Ya Allah, berkatilah makanan yang telah engkau kurniakan kepada kami, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, Dengan nama Allah”

Kemudian barulah baginda akan makan. Begitulah adab yang telah diajar oleh Baginda S.A.W tentang bagaiman cara yang baik untuk mensyukuri setiap kali berhadapan dengan rezeki makanan.

Amalan membaca doa makan ini mesti menjadi amalan setiap kali kita hendak makan. Ia sebagai tanda kita menghargai setiap pemberian rezeki dari Allah dan tanda kita sebagai orang yang beriman.

Doa Makan atau Sebelum Makan

Berikut adalah doa makan atau doa sebelum makan:

doa makan
Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa Baca Bismillah 4

Doa Selepas Makan

Berikut adalah doa selepas makan:

doa selepas makan
Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa Baca Bismillah 5

Bacaan Jika Terlupa Membaca Bismillah atau Doa Makan

Manusia tidak boleh lari dari sifat lupa, ada ketikanya kita akan terlupa membaca bismillah atau doa makan. Maka bacalah bismillah ini ketika anda sudah ingat atau semasa makan.

doa terlupa baca bismillah
Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa Baca Bismillah 6

Bacaan dalam ruminya ialah:

Bismillahi Awwalahu Wa Aakhirahu

Adab Ketika Makan

Perbuatan makan dan minum adalah perkara harian yang menjadi keperluan untuk seseorang manusia memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam islam, sudah pastilah keberkatan rezeki makanan yang diperolehi perlu menjadi keutamaan untuk memastikan perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah dan merupakan satu ibadah.

Makanan juga berkait dengan darah daging kita, oleh sebab itu kita juga perlu memastikan rezeki makan yang diperoleh adalah halal.

Selain itu islam juga mengajar adab-adab ketika makan. Inilah kehebatan islam, dimana sekecil-kecil perkara turut diajar oleh baginda S.A.W

Berikut adalah adab-adab ketika makan:

1. Membasuh tangan sebelum dan selesai makan

Dalam riwayat Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa baginda Rasululullah S.A.W telah memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya,kemudian solat.

(Sunan Ibnu majah)

2. Membaca doa sebelum makan

Seperti yang kita pelajari tadi, bacalah doa sebelum makan.

Untuk makluman anda, Ibnu Hajar Al-Asqolani telah berpendapat bahawa hadis mengenai doa makan seperti yang dikatakan oleh baginda ini, periwayat hadis ini ialah Muhammad bin Abi Az Zu’ayzi’ah dan Abu Hatim telah menyatakan bahawa hadis ini adalah munkar (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak dipercayai). Imam Al-Bukhari turut menyatakan pendapat yang sama.

Meskipun doa makan ini berasal dari sumber hadis munkar, namun ia tidaklah menjadi kesalahan untuk kita mengamalkannya, dengan syarat kita tidak berpegang bahawa doa ini bersandarkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selagi mana ianya adalah makna yang baik, kita boleh mengamalkannya.

ARTIKEL LAIN  Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar

Kesimpulan dari peristiwa ini, kita boleh beramal dengan doa makan atau doa sebelum makan ini namun kita tidak berniat atau menganggap ianya datang dari Rasulullah. Yang thabit dengan Rasulullah hanyalah membaca Basmalah atau Bismillah sebelum makan.

3. Mestilah duduk semasa makan

Dalam riwayat Anas Bin Malik R.A telah menyatakan

Yang bermaksud:

Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah berjaya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri) Anas menjawa “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela”

(Hadis Riwayat Muslim)

Kita disuruh untuk makan dan minum sambil duduk, walaupun begitu, perbuatan makan minum berdiri tidaklah diharamkan, kerana ada ketikanya Baginda S.A.W minum air zam zam sambil berdiri, tetapi jumhur ulama menyatakan pendapat bahawa makan minum sambil duduk adalah lebih baik.

4. Makan dengan tangan kanan

Dari Jabir bin Abdillah R.A, Baginda S.A.W bersabda

“Janganlah kalian makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri

(Hadis Riwayat Muslim)

ia merupakan ajaran baginda bahawa islam melarang untuk makan dengan tangan kiri, cubalah elakkan dari perbuatan tersebut, melainkan ada darurat seperti kemalangan dan sebagainya.

5. Ambil makan yang paling hampir

Dari Umar bin Abi Salamah katanya:

sewaktu aku kecil di bawah jagaan baginda S.A.W tanganku sentiasa berlegar di sekeliling talam ( untuk mendapatkan makanan dan lauk)

Rasulullah berkata kepadaku: ” Wahai anak, sebut nama Allah ( membaca bismillah) ,makanlah dengan tangan kanan dan makanlah ( ambil makanan tersebut) yang hampir denganmu”

Ia merupakan adab-adab ketika makan, beramallah dengan adab tersebut dan ianya adalah amalan yang terpuji.

6. Jangan meniup makanan

Dari Abi Qatadah R.A Baginda S.A.W bersabda:

Yang bermaksud:

“Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Perlakuan meniup makanan ini sebenarnya boleh merosakkan dan memberi kemudaratan contohnya menghembuskan karbon dioksida yang pada sifat sainsnya tidak diperlukan oleh badan. Ia juga dibimbangi boleh mengotorkan makanan itu dengan sebab air liur atau bau nafas seseorang itu.

7. Tidak memaki atau mencela makanan

Kita ketahui bahawa makanan adalah rezeki yang telah dikurniakan kepada kita dari Allah S.W.T. Perbuatan mencela makanan yang akan kita makan adalah dilarang kerana setiap rezeki makanan yang kita dapat ada keberkatanya. Perbuatan ini juga boleh melukakan perasaan orang yang menyediakannya, jika tidak sedap atau tidak kena dengan selera kita, sebaiknya adalah diam sahaja.

8. Membaca doa selepas makan

Banyak hadis sahih yang telah menerangkan tentang perbuatan Baginda S.A.W membaca doa selepas makan. Rasulullah akan menyebut puji-pujian kepada Allah selepas baginda selesai makan.

Semoga perkongsian doa makan ini dapat memberikan panduan kepada anda dengan lengkap serta sama-sama mengamalkan sunnah ketika makan seperti yang diajar Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Baca Doa Makan Sebelum Makan, Perlu Atau Tidak?
    June 13, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • 68673322 10156895669985892 4567302685383983104 n
    Maksud B40 M40 dan T20 Serta Pendapatan …
    November 25, 2022 0
  • Teman Dan Logo Hari Kebangsaan Kemerdekaan 2015 Malaysia1
    TEMA GAMBAR LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA 2015
    August 19, 2015 5
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • dividen bonus tabung haji 2015 2016.png
    Dividen Bonus Tabung Haji 2015
    February 4, 2016 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)