BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Polis Sudah Kenal Pasti 3 Individu Sabotaj Farid Kamil

ammar February 7, 2018

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan penahanan reman artis terkenal Dato’ Farid Kamil selepas didakwa menampar polis di balai polis ketika membuat laporan. Susulan dari peristiwa itu juga Farid Kamil juga ditahan dan didakwa atas kesalahan penggunaan dadah.

Susulan dari kejadian itu, Farid Kamil akhirnya tampil memberikan penjelasan bahawa dirinya disabotaj oleh rakan artis lain. Menerusi Astro Gempak, Farid mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah di dalam minumannya.

Dalam laporan itu, Farid menjelaskan kekerasan yang dilakukannya tempoh hari disebabkan kesan minumannya yang dicemari dadah hingga membuatkan dirinya tidak waras. Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut sejenis cecair hingga dirinya berasa khayal.

“Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari.

Susulan dari kenyataan Farid Kamil, hari ini seorang artis iaitu Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman”

Pihak polis juga sudah berjaya mengenal pasti dua lagi individu yang disyaki terbabit bersama Sofi seperti yang didedahkan oleh Datuk Farid Kamil sebelum ini.

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan. Dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

ARTIKEL LAIN  Gadis Trivago Bukan Calang-calang Orang, Inilah Biodata Penuh Buat Ramai Terkejut

Ekoran penahanan ini, ramai mendakwa Sofi merupakan salah seorang antara tiga selebriti yang didakwa Farid menganiaya dirinya dengan meletakkan dadah ke dalam minumannya sehingga khayal dan berkelakuan ganas.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Ira

    Semoga dipermudahkan segala urusan dan kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan damai.Sentiasa tabah dan sabar dengan cabaran ini.

    February 7, 2018
  2. Thenewsia

    Berani kerana benar. Semoga dipermudahkan urusan kes ini

    February 9, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Biodata Azizul Ammar
    Biodata Azizul Ammar Pengacara Sukan Tak Sentral
    April 28, 2017 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 8
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 8
    July 26, 2016 0
  • bapa ummi nazeera dipenjara 31 tahun.jpg
    Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun
    November 27, 2015 0
  • Hantu Kak Limah 2018
    Hantu Kak Limah 2018 Full Movie Online …
    August 13, 2018 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 25
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 25
    August 24, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)