Sebut sahaja nama Mark Zuckerberg sudah pasti ramai yang kenal empunya nama ini. Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial paling berjaya di dunia iaitu facebook merupakan seorang lelaki yang bertuah kerana memiliki isteri yang sangat setia.
Mungkin ramai tidak menyangka isterinya iaitu Priscilla Chan adalah rakan satu kolej Mark sebelum beliau berjaya membangunkan laman sosial facebook. Bermakna, Priscilla Chan sudah mengenali Mark Zuckerberg sebelum dia berjaya membangunkan laman sosial facebook.
Priscilla Chan menerima seadanya Mark Zuckerberg walaupun ketika itu teman lelakinya itu tiada punyai apa-apa kemewahan dan kekayaan.
Pasangan ini banyak menghadapi susah dan senang bersama sejak awal percintaan. Cabaran paling besar adalah apabila Mark membuat keputusan untuk berhenti belajar dan meneruskan usaha membangunkan Facebook.
Cuba bayangkan jika anda berada di tempat Priscilla, mungkin anda sudah bergaduh besar ataupun lebih teruk lagi – mungkin anda tinggalkan saja Mark kan? Nampak macam tak ada masa depan. Tapi Priscilla tetap memilih untuk setia bersama Mark.
Siapa Priscilla Chan?
Lima tahun yang lalu, Mark mengejutkan seluruh dunia apabila beliau mengumumkan yang beliau akan mendirikan rumahtangga. Jika kita perhatikan bakal isterinya ketika itu – Priscilla Chan, kelihatan macam biasa-biasa saja. Cuma berdarah kacukan China-Vietnam. Tak adalah hot dan seksi bagaikan supermodel ataupun kulit putih gebu, mata biru, bulu mata lentik atau berpipi merah jambu.
Bibik Percintaan Bermula…
Mark dan Priscilla telah berkenalan lama, sebelum Mark menjadi jutawan lagi dan semasa kedua-dua mereka masih sedang belajar di Harvard.
Perkenalan mereka bermula semasa menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh fraterniti Mark pada tahun 2003. Apa yang menarik, mereka terserempak semasa sedang beratur untuk ke tandas. Dari situlah mereka mula rapat dan bercinta.
Ketika itu, Mark juga hanyalah seorang pelajar kolej yang biasa sahaja. Beliau merupakan seorang nerd yang selekeh yang banyak menghabiskan masa dengan pengekodan dan pemprograman. Malah, Mark tidak begitu disukai para pelajar wanita atas kesilapan membina laman web yang memaparkan gambar-gambar semua pelajar dengan tidak sengaja.
Walaupun begitu, Priscilla terjatuh cinta dengan amat mendalam kepada Mark. Begitu juga sebaliknya, Mark amat mengasihi Priscilla sehingga sanggup berusaha mempelajari bahasa Cina dalam masa yang singkat supaya boleh meluangkan masa bersama keluarga Priscilla.
Walaupun Mark merupakan seorang yang kuat bekerja, Priscilla adalah seorang wanita bijak yang tahu cara untuk menjaga hubungan mereka. Dari awal perhubungan lagi Priscilla telah menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak: satu janji temu setiap minggu, sekurang-kurangnya 100 minit masa berdua-duaan – bukan di rumah dan sudah semestinya bukan di facebook.
Selepas menamatkan pelajarannya di Harvard, Priscilla menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di University of California, San Francisco. Dia adalah seorang yang sukakan kanak-kanak kemudian bekerja sebagai guru dan tidak bekerja di Facebook.
Selepas 9 tahun bercinta, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Undangan perkahwinan mereka dibuat secara mengejut dan diam-diam sahaja. Kesemua tetamu amat tidak menyangka pasangan itu akan berkahwin kerana mereka hanya mendapat jemputan datang ke rumah untuk meraikan hari graduasi Priscilla.
Perkahwinan mereka dibuat sehari selepas Facebook tersenarai sebagai saham terbitan awam (IPO). Mungkin itu adalah salah satu strategi Mark untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan dan hari Facebook tersenarai di IPO secara serentak setiap tahun.
Daripada kisah cinta pasangan selebriti kaya-raya ini, kita boleh belajar bahawa cinta tidak mengenal bangsa, harta dan rupa.
Setiap perhubungan perlu ada sokongan, timbang rasa dan memahami antara satu sama lain. Nerd-nerd dan sesibuk mana Mark pun, beliau seorang yang romantik dan amat bertanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Priscilla pula terbukti bukanlah perempuan mata duitan kerana sanggup memulakan kehidupan dari bawah bersama Mark.
Tidak ramai wanita yang sanggup bersusah payah bersama lelaki yang kelihatan tidak mempunyai masa depan(kerana berhenti belajar). Namun, kesetiaan Priscilla akhirnya terbalas apabila kini Mark Zuckerberg menjadi salah seorang manusia paling kaya di dunia.