BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kisah Tukang Sapu Berbasikal Tua Berhati Mulia

ammar

kisah tukang sapu oleh ustaz hanafiah abdul malekKisah Tukang Sapu Berbasikal Tua Berhati Mulia

Satu kisah yang menyentuh hati yang diceritakan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek ini patut kita semua ambil iktibar darinya. Kisah seorang tukang sapu berbasikal tua yang dilihat miskin dan sering dihina oleh masyarakat tetapi hakikatnya hatinya lebih mulia dari orang lain.

Tuan-tuan tahu tak orang yang sapu sampah kadang-kadang hati dia lebih mulia daripada kita semua. Lebih mulia dari saya.

Seringkali dihina oleh penghuni flat di tempat kediamannya. Tetapi hakikat sebenarnya pasti membuatkan ramai terkesima.

ustaz hanafiah abdul malek

Mari kita sama-sama mendengar kisah benar “Tukang Sapu” yang diceritakan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek ini.

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah( tukang sapu) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur(DBKL).
 
Malam yang lepas kami bertemu. Dia datang ke rumah saya. Dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah flat. Rumah flat di Sentul tuan-tuan…Subhnaallah..
 
Apa kisah hidup dia ni?
 
Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
 
Kawan-kawan dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak . Dia tetap naik basikal.
 
Tuan-tuan apa yang berlaku? Kawan dia ni sentiasa hina dia. Satu bangunan flat hina dia, kata kat dia macam-macam.
 
Tapi tuan-tuan pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi arkitek.
 
Anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap-tiap bulan RM2,000 seorang. 2 anak orang anak jadi RM4,000.
 
Dan anak yang kerja arkitek pula seorang bagi RM1,000, 2 org RM2,000. Jumlah RM6,000 sebulan.
 
Tuan-tuan tahu tak orang yang sapu sampah kadang-kadang hati dia lebih mulia daripada kita semua. Lebih mulia dari saya.
 
Dia hanya sapu sampah…Allahuakhabar… Tapi hati dia mulia.
 
Tuan-tuan dengan RM6,000, tuan-tuan tahu tak apa yang dia buat?
 
Agak-agaklah apa yg dia buat?
 
Dia sedekahkan pada kawan-kawan yang kerja sama tempat. Budak-budak baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.Tolong bayar duit deposit rumah.
 
Cuma dia pesan, Jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.
 
Tuan-tuan satu hari nanti saya cerita, tuan-tuan tak berapa nak percaya.
 
Satu hari nanti kalau tuan-tuan jumpa dia, saya bawa sembang dengan dia.
 
Orang yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
 
“Ustaz, harta bukan milik kita ustaz”.
 
Anak dia baru belikan dia BMW yang latest punya, 320i. Allahuakhbar.
 
Tapi dia kata : “Ustaz , daripada naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz”.
 
“Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak je tukar”.
 
Apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
 
Anak dia tak pernah sakit tuan-tuan.
 
Kita ni? Gaji RM10,000 tapi tak bayar zakat.
 
Zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak!
 
Ohh…semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
 
Bab kata orang cina “suey maa” kejap-kejap anak sakit, kejap-kejap kamu sakit. Macam-macam masalah.
ARTIKEL LAIN  Saya Kahwin Dengan Mat Rempit, Niat Untuk Bimbing Dia. Lepas Dapat Anak Seorang Akhirnya...
Prev Article
Next Article

One Response

  1. usry

    Harap semakin ramai insan yang brhati mulia seperti tukang sapu ini.

    August 9, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • air ikat tepi
    30 Sen Tu Takde Nilai Pun Kata …
    July 21, 2017 0
  • doktor mati
    Doktor Mati Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa …
    June 29, 2017 0
  • Aliff Aziz dan Bella
    Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan …
    July 30, 2017 0
  • 1Borneo Hypermall Kota kinabalu
    Hypermall Terkenal di Sabah Bakal Bergelap Kerana …
    June 26, 2018 0
  • wajah lelaki jadi rebutan wanita buli
    Patutlah… Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi …
    July 31, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)