BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 14 Slot Akasia TV3

ammar July 18, 2018

Jangan Benci Cintaku Episod 14. Sejak mula bersiaran pada Jun lepas, drama adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia setiap hari. Ramai yang suka mengikuti kisah ini dan tidak kurang juga ada yang mengatakan mengenai drama ini di laman sosial seperti facebook dan twitter setiap hari.

Untuk pengetahuan semua drama “Jangan Benci Cintaku” mula bersiaran di TV3 pada 29 Jun 2018. Bersiaran setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam hanya di Slot Akasia TV3. Ini adalah sebuah drama adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto.

Drama terbaru slot Akasia TV3 telahpun berada di episod 13 semalam(17 Julai 2018) dan hari ini adalah episod ke-14. Untuk mengetahui apa yang terjadi pada episod ke-14, anda boleh menonton drama ini secara langsung di TV3 jam 7.00 malam ini.

Jangan Benci Cintaku Episod 14Drama Jangan Benci Cintaku Episod 14 Slot Akasia TV3

Sedikit sinopsis episod 13…

Pada episod 13 semalam, Husna telah pulang ke bandar setelah beberapa hari pulang ke kampung menjenguk ibunya yang sakit. Dia tidak lagi merajuk dengan Shah apabila dapat tahu dari rakan serumahnya yang Shah ada mencarinya ketika dia merajuk pulang ke kampung.

Hubungan Shah dan Husna kelihatan mesra kembali. Apa yang menyedihkan isteri Shah iaitu Fika ternampak Husna dan Shah berjalan berdua-duanya di depan matanya.

Dia tidak berbuat apa-apa kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan rumah tangganya yang semakin baik.

Ibu Shah menjemput Shah dan Fika ke rumahnya hujung minggu ini untuk membuat majlis makan-makan. Dalam masa sama Nek Pah juga menjemput Husna dan perancangannya untuk perkenalkan Husna kepada para tetamu yang lain.

Namun, perancangan Nek Pah tidak berjaya kerana Husna tidak pergi ke majlis makan-makan itu setelah mengetahui Fika turut sama ada dalam majlis tersebut. Husna sedih kerana tidak dapat pergi ke rumah ibu Shah. Husna merasakan dirinya bukanlah sesiapa di dalam keluarga Shah.

Tidak berpuas hati dengan ketidakhadiran Husna, Nek Pah memarahi Fika dan menuduh Fika lah punca kenapa Husna tidak datang majlisnya itu. Fika terus keluar sambil menangis-nangis lalu dipujuk oleh Shah.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 4

Jangan lupa untuk menonton drama Jangan Benci Cintaku Episod 14 jam 7.00 malam ini hanya di TV3 dan Tonton.Jangan Benci Cintaku TV3

Judul Drama : Jangan Benci Cintaku

Jumlah Episod : 28 episod

Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pengarah : Pali Yahya

Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya.

Barisan Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat

Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Daler Yusuf sebagai Irwan

Amelia Henderson sebagai Damia

Esma Dainal sebagai Tuan Shariman

Dilla Ahmad sebagai Zaida

Azizah Mahzan sebagai Nek Pah

Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

Zul Edward sebagai Uncle Jay

Laila Nasir sebagai Puan Julia

Emelie Hanif sebagai Nelly 

Meor Mohd sebagai Hazri

Lagu Tema/OST

Aizat Amdan – Sampai Ke Hari Tua

Misha Omar – Sampai Bila

Tonton Full Drama Jangan Benci Cintaku

Anda juga boleh menonton secara penuh(full) drama ini melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.

Drama Jangan Benci Cintaku ini sebanyak 28 episod kesemuanya. Jangan lupa untuk mengikuti drama ini sehingga tamat. Boleh klik pada “episod” di bawah ini untuk menonton drama setiap episod.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • mira filzah
    Mira Filzah Beli Cincin Sendiri
    January 2, 2019 1
  • Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun.png
    Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun Terbit Buku …
    April 20, 2016 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    August 10, 2016 0
  • mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg
    Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya …
    November 23, 2015 1
  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)