BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot Samarinda TV3

ammar July 24, 2018

Bermula 24 Julai 2018, Slot Samarinda TV3 hadir dengan drama terbaru yang bertajuk Semerah Cinta Humairah. Seperti kebiasaan, drama Slot Samarinda ini akan bersiaran setiap isnin hingga rabu jam 10.00 malam hanya di TV3.

Drama yang menggantikan drama Pengantin 100 Hari yang telah melabuhkan tirainya isnin lepas 23 Julai 2018. Semerah Cinta Humairah adalah sebuah drama lakonan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai pelakon utama.

Terbitan Orangtree Production Sdn Bhd, drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Ideal asal Noor Afiza Kamarulzaman dan pengarahnya Zamri Zakaria sudah pasti membuatkan ramai penonton menyukainya. Drama 15 episod ini sudah pasti membuatkan ramai seronok menonton dengan skrip yang ditulis oleh penulis skrip hebat seperti Zarihah Hassan, Amin Shakib, Azmy Ariff dan Shida Zali.

Jangan lupa untuk menonton drama ini bermula 24 Julai 2018 hanya di TV3 jam 10 malam setiap isnin hingga rabu. Lakonan heram Fahrin Ahmad dan heroinnya Janna Nick sudah pasti membuatkan penonton bermain dengan emosi.

Semerah Cinta Humairah Episod 1Semerah Cinta Humairah Episod 1

Sebelum menonton Semerah Cinta Humairah Episod 1, mari kita baca secara ringkas sinopis drama ini…

Demi meneruskan tradisi keluarga yang berkahwin pada usia muda, Humairah(Janna Nick) akur berkahwin dengan lelaki yang tidak mencintainya iaitu Shahir(Fahrin Ahmad). Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir.

Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya.

Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Humairah mengandung dan akhirnya melahirnya anak lelaki diberi nama Harith. Saiful, kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu. 

Camelia pula terus mencari helah memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.

Dugaan demi dugaan mencabar kesetiaan Humairah, namun adakah hikmah bakal menyebelahinya? Mari sama-sama kita menonton Semerah Cinta Humairah Episod 1 pada malam ini.

Tonton Full Drama Semerah Cinta Humairah

Untuk menonton secara penuh(full) drama ini anda boleh menonton melalui laman web Tonton. KLIK SINI untuk tonton penuh drama ini. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu akaun anda dan jika anda telah mempunyai akaun di Tonton anda hanya perlu “login” sahaja akaun anda untuk tontonan.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13

Semerah Cinta HumairahJudul Drama : Semerah Cinta Humairah

Tarikh Mula Ditayangkan : 24 Julai 2018

Jumlah Episod : 15 episod

Hari Siaran: Isnin-Rabu

Waktu Siaran : 10:00 malam

Siaran TV : Slot Samarinda TV3

Penulis Skrip : Zarihah Hassan, Amin Shakib, Azmy Ariff, Shida Zali

Idea Asal : Noor Afiza Kamarulzaman

Pengarah : Zamri Zakaria

Terbitan : Orangtree Production Sdn Bhd

Pelakon : Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar, Sherwin Sim, Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali, Mahsuri Jesuli

Lagu Tema / OST: Aepul Roza – Dusta

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Humairah
 
Fahrin Ahmad sebagai Shahir
 
Wan Sharmila sebagai Camelia
 
Fadlan Hazim sebagai Saiful
 
Idzham Ismail sebagai Hisham
 
Kuza sebagai Datin Suria
 
Mahmud Alibashah sebagai Datuk Kamarul
 
Zeika Khamis sebagai Nazira
 
Fimie Don sebagai Hasrul
 
Ainul Aishah sebagai Sheila
 
Hafidzuddin Fazil sebagai Pak Zali
 
Fadilah Mansor sebagai Hamidah
 
Kismah Johar sebagai Mak Cik Wardah
 
Feiyna Tajudin sebagai Husna
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • kereta jep sepahtu kena tarik
    Kereta Jep Sepahtu Kena Tarik Ini Alasan …
    June 20, 2016 1
  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0
  • acey smule
    “Smule Bawa Padah Kepada Saya” – Achey, …
    October 12, 2017 1
  • insan terpilih
    Tonton Online “Insan Terpilih” Drama TV3 Slot …
    September 8, 2019 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 akhir
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 Akhir
    August 30, 2016 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)