BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Lembah Klang Alami Masalah Bekalan Air 24 April dan Ini Senarai Kawasan Yang Terlibat

ammar

Dalam satu kenyataan dari facebook rasmi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), pihaknya memaklumkan mengenai gangguan bekalan air yang akan berlaku pada 24 April 2019 ini.

Gangguan itu berlaku kerana kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 akan dilaksanakan pada 24 April 2019.

Beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Langat seperti yang tersenarai akan mengalami gangguan bekalan air.

Pelanggan yang terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum tarikh 24 April ini bagi mengelakkan terputusnya bekalan air.

Sila rujuk senarai kawasan, tempoh masa gangguan dan lokasi serta masa pengaktifan Pusat Khidmat Setempat (PKS).

Jika kita lihat dari senarai di atas ini banyak kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air. Kemungkinan perkara ini dapat menjejaskan urusan harian penduduk bagi kawasan yang terlibat. Langkah terbaik adalah dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi tempoh ketiadaan air.

Sebarang masalah atau pertanyaan anda boleh terus berhubung dengan
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

ARTIKEL LAIN  Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px
    Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa …
    December 17, 2022 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0
  • duaana 1585350615 1
    Doa Iftitah Bacaan Tulisan Arab Rumi dan …
    December 9, 2022 0
  • Lagu Hari Raya
    Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri Baru Popular …
    June 4, 2018 0
  • Cara Penyimpanan Susu Ibu
    Garis Panduan Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan …
    October 10, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)