BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

ammar May 22, 2016

maybank2u-tabung-haji.jpg

Cara Transfer Online Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji. Tabung Haji adalah salah satu institusi perbankan yang tidak menggunakan kad ATM dan hanya menggunakan buku sahaja. Sudah tentulah penggunaan buku ini adalah cara yang paling selamat untuk mengelakkan duit “Tabung Haji” sentiasa dikeluarkan.

Penggunaan buku Tabung Haji ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. Kekurangannya adalah duit susah untuk dikeluarkan dan dimasukkan. Setiap kali urusan keluar masuk duit anda perlu ke cawangan Tabung Haji sendiri. Ini agak melecehkan bagi sesiapa yang mempunyai jadual kerja yang padat dan tidak sempat untuk ke Tabung Haji.

Almaklumlah sekarang ini Tabung Haji sentiasa penuh dengan pelanggan dengan pelbagai urusan. Jadi, banyak masa yang dihabiskan di Tabung Haji walha anda hanya mahu memasukkan duit atau mengeluarkan duit sahaja.

Kini anda boleh melakukan pemindahan duit dari akaun Maybank2u anda ke akaun Tabung Haji secara online. Anda juga boleh memindahkan duit dari Tabung Haji ke akaun Maybank2u anda. Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Pertama: Anda mesti memiliki, akaun simpanan dan kad ATM Maybank, akaun dan buku simpanan Tabung Haji.

Kedua: kita mesti ‘link’ kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masukkan kad ATM dan password seperti biasa

2. Bila dah masuk menu utama, pilih menu TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

th1

3. Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar bawah)

th2

4. Nanti keluar skrin yang mintak anda masuk kan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

Th3

5.  Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank….termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.

Lepas dah link, kita log-in maybank2u macam biasa. Pergi ke Accounts & Banking (gambar bawah).

m2u th+ +main+page

Kemudian, klik ke Transfer di sebelah kiri. Kita akan dapat menu seperti gambar di bawah. Klik ke Tabung Haji.

m2u th+1

Bila dah masuk menu Tabung Haji, ada beberapa pilihan yang disediakan – Balance Inquiry, Fund Transfer dan Haji Registration (rujuk gambar bawah).

m2u th+2

Skrin untuk Balance Inquiry…baki di sini tak nampak sebab system tulis …’you have insufficient fund to show’ ;p

m2u th+3+ +check+balance

Skrin untuk Fund Transfer. Kat sini kita boleh buat macam-macam transaksi..dari akaun sendiri ke akaun sendiri atau akaun sendiri ke akaun orang lain. Janji duit ada.

m2u th+3+ +fund+transfer

Last sekali…skrin untuk Haji Registration. Tapi ada beberapa syarat seperti, minimum baki dalam ATH mesti RM1,300. Lepas daftar, duit RM1,300 ini tak boleh dikeluarkan lagi.

m2u th+4+ +register+haji

Nota tambahan: Kita juga boleh daftarkan no akaun Tabung Haji anak-anak kita dalam Maybank2u, jadi senang nak transfer duit diorang (contoh duit raya) ke akaun Tabung Haji masing-masing tanpa perlu kita beratur di kaunter Tabung Haji yang biasanya sangat ramai.Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan anda dan menjimatkan masa kualiti anda!

Owh ya, sebelum terlupa anda juga boleh memindahkan duit dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank2u anda. Caranya adalah anda perlu mendaftar perbankan online Tabung Haji di kaunter Tabung Haji dan segala pemindahan duit akan menjadi mudah dan tidak perlu ke kaunter lagi.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. AliasDaughter

    ASSALAMUALAIKUM..
    Nak Tanya..kalau tak buat link kat ATM terus transfer ke TH pakai fund [email protected] tak boleh ke?Mesti kena link dulu ke atau link tu just untuk memudahkan rekod kita?

    September 24, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • dividen bonus tabung haji 2015 2016.png
    Dividen Bonus Tabung Haji 2015
    February 4, 2016 3
  • 41635501213 freesize
    BKM Login: Cara Semakan Bayaran Permohonan Bantuan …
    November 15, 2022 0
  • Bagaimana Louis Vuitton
    Bagaimana Louis Vuitton, Dior, Prada, Gucci dan …
    November 6, 2016 0
  • orangtua sepuh
    Tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa 2023 …
    November 22, 2022 0
  • Gambar-Proses-Mencabut-Kutu-Sengkenit-Di-Kepala-Ular
    Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala …
    July 28, 2015 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)