BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Iftitah Bacaan Tulisan Arab Rumi dan Kelebihannya

Islah Ibrahim
doa iftitah

Ini adalah panduan membaca doa iftitah untuk anda yang ingin membacanya dengan tulisan arab atau tulisan rumi. Panduan lengkap ini akan berkongsi mengenai doa iftitah, berserta dengan kelebihannya.

Pengenalan Doa Iftitah

Doa iftitah adalah sebuah doa yang disunatkan kita membacanya semasa awal permulaan solat. Dari segi bahasa, iftitah itu sendiri bermaksud pembuka dan dibacakan dalam mana-mana solat fardhu. Tidak dikhaskan untuk solat-solat tertentu.

Hukum membaca doa iftitah ini adalah sunat, sekiranya kita terlupa membacanya, tidak perlu sujud sahwi. Bacalah doa iftitah ini ketika kita solat fardhu ataupun solat sunat, ianya adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Kaedah membacanya ialah setelah kita mengangkat takbiratul ihram, kita mulakan dengan membaca doa iftitah. Membaca doa ini adalah suatu amalan yang dituntut, ia adalah suatu doa yang berbentuk pujian, sanjungan serta mengagungkan Allah S.W.T.

Banyak hadis-hadis nabi yang menjelaskan tentang penekanan kepada pembacaan doa iftitah ini.

Majoriti ulama berpendapatan, membaca iftitah ini hanyalah sunat tetapi kita digalakkan membacanya sebagai cara untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Ini adalah bertepatan dengan hadisnya yang cukup popular

“Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku solat” ( Hadis Bukhari no. 631)

Doa iftitah bacaan tulisan arab/jawi

120943812 202108048176889 4084288680242588104 n

Bacaan dalam tulisan rumi:

Allahuakbar kabiro ,Wal hamdulilah kathira

Wa Subhanallah Hi Bukratan Wa Asila

Wajjahtu Wajhi Yaliladzi Fatarossama Watiwal Ardh

Hanifan Musliman Wama Ana Mina Musyrikin

Inna Solati Wanusuki, Wamahyaya Wamamati Lillahhirabbil Alamin

La syarikalahu Wabiza lika Umirtu Wa ana minal Muslimin

Maksud Doa Iftitah:

Allah Maha Besar sebesar besarnya

Dan pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya

Dan Maha Suci Allah siang dan malam ( pagi dan petang)

Kuhadapkan muka kepada yang Menciptakan langit dan bumi

Aku berpegang teguh lagi berserah diri dan

bukanlah aku dari golongan yang menyekutukanMU

Sesungguhnya, solatku, ibadahku

hidupku dan matiku

Bagi Allah Tuhan semesta alam

Tiada ada sekutu baginya

Dan dengan itu aku diperintahkan

Dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam

Kelebihan Membaca Doa Iftitah

Menurut Abdullah ibnu umar, sebenarnya berlaku suatu kisah yang terjadi bagaimana bermulanya amalan membaca doa iftitah ini. Pada peringkat awal, bacaan Allahuakbar Kabiro ini tidak diajarkan oleh Nabi, namun berlaku suatu hari dimana semasa Ibnu Umar dan sahabat sedang bersolat berimamkan baginda S.A.W.

ARTIKEL LAIN  Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu Kita Kunjungi

Mereka terdengar satu suara yang agak kuat membaca Allahuakbar kabiro, Walhamdulilah hi kathiro sehingga wasubha nallahi bukratan wa asila ( Sebelum wajjahtu wajhi yalil ladzi). Suara itu didengari oleh Ibnu Umar malah Baginda Nabi Muhammad S.A.W turut mendengarnya ketika solat.

Selesai sahaja solat, Nabi bertanya siapakah yang membaca bacaan itu tadi, maka lelaki itu pun mengaku dalam keadaan malu dan ketakutan, kerana dikhuatiri dirinya melakukan kesalahan.

Apa yang mengejutkan, baginda S.A.W memberitahu, ketika lelaki itu membaca bacaan itu, baginda dapat melihat pintu langit terbuka dengan membawa erti banyak kebaikan yang diperolehi dengan membaca bacaan Allahuakbar kabiro itu. Baginda memujinya kerana ia adalah satu bacaan doa yang sangat baik.

Selepas Abdullah Ibnu Umar mendengar Sabda Nabi itu, bermula dari hari itu, Ibnu Umar tidak pernah lagi meninggalkan bacaan doa iftitah yang lengkap itu.

Dalam hadis lain juga, Abu Hurairah ada menceritakan bahawa

“adalah Rasulullah S.A.W selepas bertakbir memasuki solat iaitu takbiratul ihram, baginda senyap sekejap sebelum mula membaca (Al Fatihah). Lalu aku bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah, sesungguhnya aku melihat engkau senyap diantara takbir dan bacaan Al Fatihah, apakah yang engkau ucapkan?

Maka Nabi menjawab dengan maksud:

Ya Allah, jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! bersihkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah sucikanlah aku dari dosa-dosaku dengan salji , air dan embun

(Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita beramal dengan bacaan doa iftitah ini, ianya adalah amalan sunat yang ditekankan oleh Baginda Nabi S.A.W. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang belajar bacaan solat dan dapat mengamalkannya dengan istiqamah ( konsisten )

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)
    Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur …
    July 11, 2016 1
  • Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Jelutong
    Permohonan GIATMARA 2023 Online Dan Semakan Senarai …
    December 22, 2022 0
  • bsn
    Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan …
    November 26, 2022 0
  • m10 perlembagaan BHfield image listing featured 1
    Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara dan …
    December 28, 2022 0
  • skim-deposit-rumah-pertama.jpg
    Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
    November 23, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)