BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Luahan Sedih TMJ, “Kepada Adindaku Yang Dikasihi…Inilah Malam Yang Paling Sukar Untuk Saya”

ammar

Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

5 Disember 2015 adalah tarikh yang paling diingati oleh seluruh rakyat jelata Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Pada tarikh inilah perginya seorang Putera Raja yang disayangi, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Beberapa bulan sahaja lagi genaplah 2 tahun kemangkatan baginda. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 ketika berusia 25 tahun.

Kanser Hati Tahap Empat

Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.

Menerusi laman facebook Johor Southern Tigers, coretan terakhir buat adindanya itu begitu mengusik kalbu sesiapa yang membacanya.

Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.

Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum.

Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.

Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu

Coretan dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

ARTIKEL LAIN  Syarikat Penerbangan Rugi Ratusan Juta Dollar Kerana Kru Curi Aiskrim Haagen-Dazs
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Peminjam PTPTN
    Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta dan …
    October 14, 2016 1
  • syed saddiq
    “Kita mesti berani berfikir di luar kotak” …
    April 26, 2019 0
  • scammer masuk tv bincang
    Netizen Pertikai TV Alhijrah Jemput “Scammer” Sebagai …
    March 28, 2019 0
  • Ucapan Mengharukan Permaisuri Johor Kepada Penjaga Almarhum Tunku Jalil.jpg
    Inilah Ucapan Mengharukan Permaisuri Johor Kepada Penjaga …
    December 15, 2015 0
  • Kes Cabul Datuk Kazim Elias
    Polis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di …
    December 28, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)