BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Penduduk Marah Kuaters Guru Dipenuhi Warga Bangladesh

ammar

Kuarters guru adalah satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan golongan warga pendidik seperti guru. Sepatutnya kemudahan yang disediakan ini hanya boleh digunakan oleh warga pendidik sahaja tetapi lain pula berlaku di Klian Intan, Pengkalan Hulu, Grik, Perak.

Bangunan kuaters guru empat tingkat tersebut telah didiami oleh warga asing Bangladesh sejak sekian lama.

Paling mengejutkan setelah tinjauan yang dibuat, mendapati pakaian milik warga Bangladesh memenuhi setiap tingkat kediaman tersebut.

Ketua Penerangan, Bersatu Grik Ayob Abdul Rahman berkata, ini sekaligus membuktikan kerajaan hanya pandai membina bangunan sedemikian, sebaliknya tidak mampu untuk digunakan sepenuhnya oleh staf pendidikan.

“Yang menghairankan bagaimana kediaman yang bentuknya seperti sekolah ini tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh staf pendidikan.

“Di mana silapnya sehinggakan ia terbiar begitu sahaja dan merugikan Kementerian Pendidikan yang telah pun mengeluarkan dana yang banyak.

“Perkara ini bukan suatu perkara baru dan telah pun dibangkitkan berkali-kali oleh pimpinan Pakatan Harapan semasa sidang Parlimen sebelum ini,” katanya.

Sementara itu penduduk Klian Intan yang ditemui, Md Yunus Yusof berkata, bangunan tersebut kini dipenuhi oleh warga Bangladesh.

“Sepatutnya kerajaan peduli dan mengambil perhatian yang serius mengenai dana yang telah dikeluarkan sejak berpuluh tahun yang lalu.

“Sebaliknya kami penduduk tempatan tidak dapat mendiami rumah tersebut, tetapi warga asing seperti Bangladesh pula yang memenuhi setiap ruang.

“Kerajaan mesti mencari alternatif untuk memastikan kuarters guru tersebut dapat memberi manfaat kepada staf pendidikan dan juga para guru,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Faizul Bakhari pula berkata, kuarters guru tersebut sekiranya dibaik pulih semula dapat disewakan kepada penduduk tempatan melalui pelbagai cara yang boleh dirangka.

“Ramai antara penduduk dalam kawasan ini khususnya golongan muda yang baru mendirikan rumah tangga amat memerlukan kediaman.

ARTIKEL LAIN  Tunku Jalil Meninggal Dunia

“Sekiranya Kementerian Pendidikan membangunkan semula semua unit-unit kosong tersebut dan disewakan atau dijual kepada penduduk tempatan, sudah pasti ia akan laku bagai pisang goreng.

“Tetapi kementerian tidak mempunyai idea dan semangat untuk membaik pulih bangunan tersebut, sehinggakan ia menyakitkan mata memandang,” tegasnya lagi.

Diharap kementerian dapat menyelesaikan masalah yang melanda ini supaya kuaters guru yang sepatutnya dihuni oleh warga pendidik ini diberikan nafas baru.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Pelik… Macamana kuaters guru boleh dipenuhi warga Bangladesh?

    October 24, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • shukrey
    Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah
    September 28, 2017 0
  • blogger kutuk saga flx
    Mengadu Tidak Selesa Tempah Grab Dapat Saga …
    October 27, 2017 0
  • buku gula
    P0lis Tah4n Pengasas “Buku Gula” Tak Sangka …
    February 18, 2021 0
  • Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    October 13, 2016 0
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)