BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Nama-nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan

ammar

Nama-nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan Nama-nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan

Di dalam agama Islam dilarang umatnya memakan daging babi kerana hukumnya adalah daging yang haram dimakan. Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa anjing dan babi haram disentuh dan dimakan. Lihatlah, menyentuhnya juga adalah haram, inikan pula memakannya.

Terdapat faktor pengharaman babi bagi umat Islam antaranya adalah, babi adalah haiwan yang kotor dan boleh menyebabkan penyakit kepada pemakannya. Jelaslah disini bahawa daging babi mempunyai banyak keburukan kepada manusia dan perlu dielakkan.

Namun, daging babi banyak digunakan sebagai bahan campuran beberapa produk makanan dengan menggunakan nama lain yang tidak dikenali. Nama-nama lain ini selalunya mengelirukan semua terutama pengguna Islam.

Jadi, dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua nama-nama lain babi yang ada pada makanan.

Berikut adalah nama-nama dan istilah yang digunakan di dalam produk yang mengandungi unsur babi:

Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan spesies babi.

Hog: Istilah untuk babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg.

Boar: Babi liar @ babi hutan.

Lard: Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masakan dan sabun.

Bacon: Hirisan nipis daging berukuran panjang yang berasal dari bahagian punggung babi.

Ham: Daging pada bahagian paha babi.

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

Sow Milk: Susu babi.

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda dengan berat kurang daripada 50 kg.

Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

ARTIKEL LAIN  Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

Masyarakat terutamanya yang beragama Islam haruslah berhati-hati apabila membeli produk di kedai atau pasar raya bagi mengelakkan terbeli produk yang mempunyai unsur babi. Babi adalah haram untuk dimakan oleh umat Islam. Jaga makan Insyaallah hati kita bersih dan tidak melakukan dosa.

Prev Article
Next Article

6 Comments

  1. ezaiza

    ooo info yang baik.. x ramai tau ni, tq sharing info…

    February 14, 2016
  2. Raihanah Ahmad

    banyak betul istilah yang berbeza.

    February 15, 2016
  3. Raihanah Ahmad

    sow dan sow milk tu jarang dengar. tak tahu pun istilah tu sebelum ni

    February 16, 2016
  4. SEO Anyaran

    Astaghfirullah ternyata banyak banget. Harus ekstra hati-hati mengkonsumsi semua ini

    February 22, 2016
  5. zonan

    memang banyak aku tak tahu.

    tahu yang biasa dengar aje.

    tu belum campur dari pelbagai jenis bahasa tu.

    February 29, 2016
  6. Aries

    kalau sesuatu produk tu memang ada unsur babi sekalipun, belum tentu jabatan agama islam mengeluarkan fatwa haram.. kita sebagai umat islam memang terkeliru dengan perkara seperti ini. harap pihak berkuasa peka tentang masalah ini.cakap benar dan jujur jangan menipu ..kalau haram cakap haram, kalau halal cakap halal…mesti tegas dan tiada unsur rasuah..

    April 4, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • tabung haji 840581 20191215105943
    Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022: Terkini 3.10%
    November 16, 2022 0
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 3
    Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya
    December 24, 2022 0
  • cara2520nak2520tahu2520rayban2520original1
    CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
    September 11, 2015 5
  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • Semak Keputusan SPM 2020
    Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak …
    June 10, 2021 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)