Pernahkah anda mendengar kisah orang biasa yang menolak tawaran untuk bertemu dengan seorang Perdana Menteri? Rasanya di Malaysia belum ada lagi kes rakyat biasa yang menolak untuk bertemu dengan Perdana Menteri walaupun dijemput oleh Perdana Menteri sendiri.
Kisah ini lain pula berlaku kepada seorang makcik yang berasal dari Johor Bharu ini. Sabariah Hussein yang kini menetap di Kanada sejak 30 tahun yang lalu menarik perhatian dunia apabila videonya viral di laman facebook beberapa bulan yang lalu.
Dalam video yang tular itu, menyiarkan seorang wanita berusia 70-an, Sabariah Hussein yang digelar sebagai Mother Teresa beragama Islam oleh orang-orang di Montreal, Kanada kerana kegiatan amalnya.
Wanita ni menjadi perhatian dunia apabila dia telah menolak jemputan Perdana Menteri Kanada. Beliau menolak jemputan PM Kanada itu kerana terlalu sibuk dengan aktiviti kesukarelawan untuk membantu menyediakan dan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan seperti gelandangan dan mangsa penderaan.
Sabariah sebelum ini berasal dari Johor Bharu dan kini menetap di Kanada menjalankan aktiviti sosial di sana. Beliau akan memasak untuk 300 orang pada setiap hari. Ini termasuklah pada bulan Ramadhan untuk diberikan kepada pelajar, gelandangan, pelarian dan jugak kepada golongan wanita yang teraniaya di kawasan apartmennya kat Montreal. Dia dibantu oleh sekumpulan sukarelawan pelajar dari universiti tempatan.
“Sebelum saya datang ke sini, saya memang suka memasak, tapi bila masak dengannya (Mak Cik Sabariah), banyak lagi perkara yang dapat saya belajar. Dia memang sangat hebat” – Mohamed Elkhodiry, kumpulan sukarelawan pelajar.
Atas usaha murninya itu, beliau telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Inspiratif Wanita pada tahun 2015 dari Majlis Wanita Islam Kanada.
“Saya tak cari populariti, saya cuma nak orang tahu yang orang Islam adalah orang baik.”-Makcik Sabariah
Sepanjang 30 tahun di Montreal, Sabariah telah menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan termasuklah food bank dan soup kitchen. Menurut Sabariah, dia mendapat inspirasi untuk melakukan kerja amal ini daripada ibunya, yang banyak menyediakan makan kepada ribuan orang yang tak berkemampuan sepanjang dia membesar.
Dia merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik. Walaupun dia tidak berkesempatan untuk bertemu PM Kanada, tapi dia masih berharap untuk bertemunya suatu hari nanti. Dan pada masa itu, dia akan memasakkan mee cara masakan Malaysia untuk PM Kanada, ujarnya.
Tidak Dibayar Untuk Menolong Orang Lain
Apa yang mengejutkan Makcik Sabariah tidak menerima bayaran langsung dari mana-mana pihak diatas semua kerja kebajikan yang dilakukannya itu walaupun kerja amalnya tu boleh dikatakan seperti pekerjaan sepenuh masanya. Dia melakukan kerja itu dengan seikhlas hatinya tanpa meminta balasan.
“Saya anggap kerja ni ikhlas kerana Allah sebab saya tak dibayar”
Satu-satunya cara dia memperolehi pendapatan ialah dengan menjual makanan kat luar masjid tempatan selepas Solat Jumaat. Menurut Sabariah lagi, tujuan utama dia lakukan semua tu adalah untuk menunjukkan kepada orang Kanada tentang imej positif umat Islam.
Gambar Makcik Sabariah bersama keluarganya.
Kini Sabariah menganggap yang usianya pun sudah semakin suntuk untuk membuat kerja amal dan dia berharap agar sumbangan yang dilakukan ini dapat dijadikan inspirasi kepada generasi muda beragama Islam untuk keluar membantu mereka yang memerlukan.
Sejak tahun 2001 Sabariah telah menjalankan pelbagai kerja amal melalui Our 2nd Home Shelter (rumah perlindungan wanita) termasuklah menyediakan makanan dan mengadakan kelas memasak. Di samping itu, dia jugak turut melakukan pelbagai kebaikan lain seperti melawat pesakit di hospital yang tak mempunyai keluarga, membantu menjaga warga emas dan mengasuh bayi.
“Kita boleh nampak yang dia ni sangat prihatin dekat semua orang dan dia langsung tak mementingkan diri sendiri”. – Steven, salah seorang yang menerima makanan Sabariah
Beliau pernah bekerja di Human Concern International yang merupakan sebuah badan amal Islam-Kanada yang tertua, untuk mengumpul dana bagi rakyat Rohingya di Malaysia. Setakat bulan Jun sahaja, mereka sudah berjaya mengumpulkan sebanyak $78,000 untuk membeli dan mengubahsuai rumah untuk anak yatim Rohingya.
Insan hebat seperti ini haruslah kita hargai dan kita contohi kerana dunia sekarang semakin kurangnya manusia-manusia yang pedulikan nasib orang lain. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum haruslah mencontohi sifat terpuji yang dimiliki oleh Makcik Sabariah ini supaya dapat membina bangsa yang maju dan peduli.
Thenewsia
Terbaik Puan Sabariah. Semoga dikurniakan kudrat yang lebih agar dapat meneruskan amal jariah beliau.