BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

PPIM Tolong Orang Bukan Percuma, Kenakan Caj 10%?

ammar

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya kepada pengguna media sosial. Semua orang kenal dan tahu apa yang diperjuangkan oleh PPIM ini.

PPIM merupakan sebuah persatuan yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam di Malaysia.

Satu demi satu kes yang melibatkan penipuan di Malaysia berjaya diperjuangkan oleh persatuan ini antaranya adalah kes penipuan perniagaan sewa kereta, kes ahlong, ke penipuan perumahan DBI dan banyak lagi kes-kes lain.

Umum mengetahui kumpulan aktivis PPIM ini memperjuangkan hak kepenggunaan Islam di Malaysia. Yusof Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM merupakan salah seorang aktivis yang dilihat menonjol dalam PPIM ketika ini.

Terbaru, muncul persoalan apabila beberapa keping gambar mengenai PPIM mengenakan caj 10% ke atas orang yang dibantu. Benarkah mengenai ini?

Mengikut semakan kami di laman web PPIM yang dikhaskan untuk kes Ahlong PPIM ada menyatakan syaratnya antaranya adalah seperti di bawah:

ppim malaysia

Adakah PPIM Mengenakan Sebarang Bayaran?

PPIM (melalui biro yang dilantik) mengenakan yuran (maksima) 10% dari jumlah yang berjaya dirunding.

Yuran ini bagi kos pentadbiran, pengurusan, penyediaan dokumentasi, semakan awal, siasatan terperinci, konsultasi, rundingan, perjalanan dan sebagainya.

Pengadu dijamin mendapat penjimatan setelah rundingan berjaya dilakukan, sebagai contoh:
Tuntutan Ahlong: RM10,000.00
Hasil Rundingan: RM5,000.00
Yuran (Maksima): RM500.00
Jumlah Penjimatan Pengadu: RM4,500.00

Rujukan: http://ahlong.ppim.org.my/

Bagi pendapat kami rasanya tidak salah untuk mengenakan caj kepada orang yang ditolong kerana tiada benda yang percuma di dalam kehidupan sekarang ini. Jika difikir secara logik bagaimana PPIM mahu beroperasi tanpa dana?

10% caj yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan para pengguna kerana aktivis ini juga ada anak isteri yang perlu mengisi perut.

ARTIKEL LAIN  Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan - Bapa Mangsa
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Mazni Azmi

    Buat baik semua kena percuma kan. Kalau hiburan semua sanggup bayar

    October 6, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • biodata alieff irfan selebriti youtube 1
    Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 …
    February 19, 2019 1
  • saham facebook jatuh
    Saham Facebook Jatuh Merudum Kerana Pengumuman Perubahan …
    January 12, 2018 0
  • maybank alert
    MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan …
    September 13, 2020 0
  • foto-pernikahan-sejenis-di-bali.jpg
    Foto Pernikahan Sejenis di Bali Indonesia
    January 6, 2016 1
  • pasaraya
    Menjijikkan! Ikan Bilis Bercampur Tahi Anjing Dalam …
    September 28, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)