BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kurang Markah 2% Nasi Lan Kedah Diarah Tutup Dua Minggu

ammar

Dek kerana kekurangan demerit iaitu kurang dua peratus dari jumlah markah yang dibenarkan untuk beroperasi, sebuah restoran terkenal, Nasi Lan Kedah diarah tutup selama dua minggu oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).

Notis penutupan Restoran Nasi Lan Kedah itu didedahkan di laman Facebook rasmi mereka.

“Antaranya ialah, memakai barang perhiasan (seperti jam) ketika bekerja, kawalan serangga perosak yang kurang berkesan dan susunan makan di dalam peti sejuk yang kurang teratur.

“Bagaimanpun, pihak kami akan mengambil tindakan dalam masa terdekat untuk memastikan teguran dan piawaian yang ditetapkan oleh PPj tercapai,” kata kenyataan itu.nasi lan kedah

Terdahulu, notis yang ditampal di premis terbabit di Lot 46 dan 48 kawasan Komersil Nadi, Presint 15, Putrajaya, diarah tutup berkuat kuasa jam 4.30 petang Selasa sehingga 31 Julai ini.

Mengikut nostis itu, arahan penutupan dikeluarkan bagi tempoh berkenaan berikutan premis tidak bersih dan disucikan, sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Notis tersebut ditandatangani oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Azman Ahmad.

Bagaimanapun notis penutupan itu hanya terpakai di premis Nasi Lan Kedah cawangan Putrajaya sahaja tidak terlibat di cawangan lain seperti Shah Alam. Jadi, jika ada yang teringin untuk makan nasi Lan Kedah ini anda boleh pergi ke cawangan yang lain.

ARTIKEL LAIN  "YB kenal saya masa beliau kerja di UIA, Kini YB dah jadi menteri"... Sisi Baik Menteri Pendidikan Ini Patut Dicontohi
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kereta jatuh parking dari tingkat 3
    Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat …
    August 14, 2015 1
  • neelofa jual susu pisang
    Neelofa Jual Susu Pisang, “Packaging” Tu Buat …
    November 18, 2019 0
  • imran bard
    “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je”. Imran …
    March 7, 2024 0
  • buku gula
    P0lis Tah4n Pengasas “Buku Gula” Tak Sangka …
    February 18, 2021 0
  • pelakon berusia 23 tahun
    Pelakon 23 Tahun Ditahan Polis Larikan Isteri …
    May 27, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)