BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 Tahun Dengan Langkah Ini

ammar

anak mudaAnak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 Tahun Dengan Langkah Ini

Di zaman dunia yang penuh cabaran ini, wang adalah perkara penting yang seringkali menjadi masalah kepada ramai orang. Namun, dengan perancangan yang baik wang tidak akan menjadi masalah lagi. Tidak kiralah anda bergaji berapa, jika pengurusan wang anda betul pasti anda tidak punyai masalah kewangan.

Jadi, ilmu pengurusan wang adalah sangat penting untuk kita semua terutamanya buat anak muda. Kerana usia muda inilah bermulanya perjalanan kewangan dan akan menentukan kewangan kita pada masa akan datang.

Seorang anak muda yang bernama Syafieqah A’lya mula berkongsikan tips pengurusan kewangan yang dilakukannya yang patut anak muda contoi. Bagaimana beliau menghasilkan RM30 ribu dalam masa tiga tahun? Sama-sama baca artikel penuh di bawah ini.

Anak muda bermula dengan Bismillah
===========================

SIMPANAN MENCECAH RM31K 1f448👈

Saya selalu share tips untuk Anak muda sebab saya pun muda lagi. Hihi. Saya share sebab dari usia muda inilah bermula perjalanan kewangan kita dan siapa kita selepas 5 dan 10 tahun akan datang.

1. Anak Muda yang baru bekerja, jangan gopoh terus melabur ikut member. Anda mestilah kukuhkan simpanan 6 bulan gaji @ simpanan kecemasan

Contoh :

Gaji RM1500 X 6 = RM90002714✔️

*jika tidak mampu, at least ada 3 bulan gaji dalam akaun yang tak boleh sentuh untuk penuhi kehendak anda saja

2. Jika simpanan ini tiada bagaimana boleh jump ke step terus melabur pula? Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, anda diberhentikan kerja. Dari mana nak korek duit belanja jika simpanan pun tiada? Fikirkan.

3. Selepas sudah mempunyai simpanan, anda boleh terus ke step seterusnya iaitu pelaburan.

ARTIKEL LAIN  Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya Dari Freemason

Contoh:

Anda mampu simpan RM500 sebulan, pecah kan kepada simpanan + pelaburan

A) ASBF RM50K @ RM275 sebulan• tidak usik dividen 3tahun• dividen 7.25%• profit bank 5.2% = hasil selepas 3 tahun RM13,9332714✔️

B) ASB simpanan RM225 sebulan• dividen 7.25% = selepas 3 tahun hasilnya RM9,0392714✔️

Jumlah keseluruhan:
Simpanan 6 bulan gaji = RM9000
Pelaburan ASBF = RM13,933
Simpanan bulanan = RM9,039
Jumlah = 31,972 1f4a5💥

Simpanan meningkat 2b06⬆️
Pelaburan meningkat 2b06⬆️

4. Setelah anda mempunyai simpanan yang kukuh, anda boleh terus melangkah ke step seterusnya iaitu property @ beli Rumah pertama anda. Cari Rumah yang berharga kurang RM150K
@ RM764 bayaran bulanan anda.

5. Lebihan simpanan boleh digunakan untuk pelaburan semula + beli Kereta second hand + simpan

6. Pelaburan semula boleh dilakukan selepas berjaya beli Rumah pertama. Lakukan dari step 3 hingga step 6. Anda kumpul aset Rumah pula.

7. Nak lagi power, anda leverage simpanan dan pelaburan ke Emas, unit trust, tabung haji, SSP BSN, dan banyak lagi. Ramai orang ada banyak akaun tetapi tidak ramai yang mampu tingkatkan simpanan di setiap akaun tersebut.

8. Anak Muda mula lah dengan Bismillah dan kita hanya mampu merancang, soal cepat atau lambat untuk miliki Rumah pertama kita tidak tahu. Yang penting kita usaha dahulu.

Rancang lah Demi masa depan kita bersama 263a☺️

LIKE • COMMENT • SHARE jika anda suka dan dapat bantu orang lain baca sama

Semoga bermanfaat
Syafieqahalya 1f642🙂

#anakmuda

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • maksud2520jusa2520dan2520gred2520gaji
    Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) …
    January 9, 2018 8
  • cara dapatkan pinjaman peribadi bank rakyat
    Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Terkini 2022 dan …
    April 15, 2014 83
  • bsn
    Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan …
    November 26, 2022 0
  • 17739 NRF9QJ
    Tarikh Cuti Sekolah 2022/2023 Takwim dan Kalendar …
    November 4, 2022 0
  • prosedur pengambilan sampel darah vena1
    Hukum Ambil Darah Ketika Berpuasa: Derma Darah …
    November 16, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)