BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau haid)

Islah Ibrahim December 16, 2022

Dalam artikel ini akan dikongsikan kepada anda cara niat mandi wajib kerana sebab keluar air mani dan haid. Ini adalah panduan lengkap untuk anda membuat rujukan.

Ramai yang kurang mengambil endah kepada kepentingan mandi wajib dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Walaupun topik ini sudah kita pelajari di sekolah, masih ramai lagi yang belum faham cara niat mandi wajibd dan cara mandi wajib yang betul mengikut islam.

Mandi wajib adalah berbeza dengan mandi biasa kerana

mandi wajib adalah perbuatan mandi yang diwajibkan kepada setiap individu muslim dan berakal menurut syariat islam.

Ianya bertujuan untuk mensucikan diri dari kotoran yang berat dan besar iaitu berkeadaan hadas besar yang dimulai dengan niat dan syarat tertentu.

Manakala mandi biasa adalah mandi sekadar untuk membersihkan diri, tiada niat ibadah atau mendapatkan pahala. Sekiranya kita tidak mengetahui tentang perkara mandi wajib, ianya akan memberi kesan kepada sah atau tidak sah ibadah solat dan ibadah yang lain.

Kita perlu mandi wajib kerana kita berkeadaan hadas besar yang menghalang kita untuk menunaikan solat, membaca al-quran dan ibadah-ibadah lain seperti tawaf dan sebagainya.

Selagi kita dalam hadas besar, kita diharamkan untuk melakukan ibadah-ibadah yang disebutkan tadi. Dalam islam, kita disebutkan sebagai masih tidak suci.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Perlu Mandi Wajib

Sebelum kita mempelajari cara niat mandi wajib, perlu diketahui terlebih dahulu apakah penyebab kita perlu mandi wajib. Bagaimanakah keadaan atau perbuatan yang menyebabkan kita dalam keadaan berhadas besar?

Berikut adalah sebabnya:

LELAKI DAN PEREMPUANPEREMPUAN SAHAJA
Keluar air maniKeluarnya darah haid
Melakukan persetubuhanKeluar darah nifas
Mati selain daripada mati syahidWiladah iaitu yang melahirkan anak

Niat Mandi Wajib Kerana Keluar Air Mani ( Secara umum)

Niat mandi wajib ada dalam dua kaedah samada niat secara umum atau khusus iaitu untu junub, haid dan nifas.

ARTIKEL LAIN  Aeon Credit Online Payment: Cara Daftar Dan Semak Baki Pinjaman

Berikut adalah niat secara umum

niat mandi wajib
Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau haid) 5

Bacaan rumi:

nawaitu raf’al hadathil Akbari lillahita’ala

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala”

Niat Mandi Wajib Kerana Haid

Berikut adalah cara niat mandi wajib khusus kerana haid

niat mandi wajib
Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau haid) 6

Bacaan rumi:

Nawaitul ghusla a’anil haidhi lillahita’ala

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Ta’ala”

Niat Mandi Wajib Junub

Berikut adalah cara niat mandi wajib khusus untuk keadaan berjunub

niat mandi wajib junub
Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau haid) 7

Bacaan rumi:

Nawaitul ghusla a’anil janaabati lillahita’ala

Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta’ala”

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Sempurna

NO.PERKARA
LANGKAH PERTAMA-Mulakan dengan mengadapkan badan dengan menghadap ke arah kiblat
-Membasuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali ( sunat)
-Beristinjak dengan membasuh kemaluan, membuang najis dan apa-apa yang boleh menghalang air sampai ke kulit badan kita
LANGKAH KEDUA-Berwudhu seperti kita hendak bersolat
-Niatnya adalah ‘sahaja aku berwudhu untuk melakukan mandi wajib sunat kerana Allah Ta’ala
LANGKAH KETIGA-Membaca basmallah ‘Bismillahi Rahmani Rahim” sambil berniat serentak dengan mencurahkan air bermula dari kepala ke seluruh badan
– Apabila air menyentuh sahaja anggota badan kita ( tidak semestinya kepala) maka kita lakukan lintasan hati dengan berniat samada niat umum atau niat khusus

–Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah ( Contoh)

Juga dibolehkan..

–Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta’ala
LANGKAH KEEMPAT-Ratakan air ke seluruh badan, termasuk di celah-celah badan seperti jari, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur

-Bagi yang berambut panjang, seperti wanita, perlulah diuraikan

-Sekiranya ada anggota badan yang tidak mengenai air, maka mandi wajibnya tidak sah atau belum sempurna
LANGKAH KELIMA-Sekiranya kita mandi wajid di sungai yang mengalir atau kolah yang airnya melebihi dua kolah, anda boleh sahaja menyelam untuk meratakan air seluruh badan

-Lakukannya sebanyak 3 kali selaman dan berniat. Ratakan air ke seluruh badan , gosok dibahagian celah-celah seperti yang disebutkan tadi

Disunatkan kita membaca Doa Mandi Wajib selepas selesai melakukan perbuatan meratakan dan membersihkan ke seluruh anggota badan.

Doa Mandi Wajib

pasted image 0
Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau haid) 8

Bacaan Rumi Doa Mandi Wajib:

Asyha dualla ilahaillah, Wah dahu la Syarikalah

Wa asyha duannamuhamadan Abduhu Warasuluh

Allahummajalni Minattawabin, Waja’alni minal Mutathohirin

Waja’alni Min Ibadika Solihin

Doa ini adalah doa yang sama ketika kita selesai mengambil wudhu. Mudah sahaja kan.

Semoga perkongsian ini akan memudahkan anda untuk melakukan niat mandi wajib serta melakukan mandi wajib dengan sempurna demi mencari keredhaan Allah S.W.T

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • gambar2520jerebu2520di2520malaysia1
    Punca Berlakunya Jerebu di Malaysia
    September 15, 2015 2
  • ke luar
    Memburukkan Kerajaan 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke …
    October 20, 2016 0
  • pure white background 85a2a7fd 3
    Semakan Bantuan MAIDAM 2022 Dan Syarat Permohonan …
    November 23, 2022 0
  • mara
    eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik …
    November 16, 2022 0
  • sabung ayam
    Benarkah Besut, Terengganu Dahulunya Bawah Kelantan Tetapi …
    October 26, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)