BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pakaian Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dikritik, Ini Jawapan Dari Permaisuri Johor

ammar

Ibu mana yang tidak terasa dan tersinggung apabila ada orang yang bercakap yang tidak baik mengenai anaknya. Itulah yang mungkin berlaku kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Walaupun istiadat perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya telah selesai, namun masih ada cakap-cakap mengenai majlis perkahwinan puteri Johor itu.

Selain isu solekan yang ringkas menjadi pujian dan bualan, terdapat juga pihak yang didakwa mengkritik pakaian semasa majlis akad nikah dan persandingan Tunku Tun Aminah.

Menerusi facebook rasmi Permaisuri Johor itu, Raja Zarith Sofiah berkongsikan satu video dari youtube yang bertajuk “Nabi ﷺ Tak Ajar Kita Pandang Rendah Orang Lain.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid”. Video itu berkenaan satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Baginda berkongsi video itu dengan keterangan yang berbunyi:

Kenapa pulak kita hendak menghukum orang dari segi zahirnya, dari pakaiannya?

Bila pula Nabi mengajar kita menilai orang dari segi pakaian? Ini agama adalah agama yang menglihati hati orang, yang dinilai oleh Allah adalah hati orang..”

Oleh sebab ada juga ramai yang mengkritik pakaian anak perempuan saya, Tunku Tun Aminah, semasa majlis Akad Nikah dan Persandingannya, saya “share” lagi sekali video ini.

Posting itu seolah-olah menunjukkan bahawa Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sedikit terkilan dan terasa dengan sesetengah pihak yang mengkritik pakaian anak perempuannya ketika majlis akad nikah dan persandingan tempoh hari.

Sementara itu, dalam video itu, Ali Zainal yang digelar “habib” itu menasihatkan agar umat Islam tidak terburu-buru menghukum seseorang walaupun individu berkenaan kafir.

“Jangan kamu menghukum dia (orang kafir) itu lebih hina daripada kamu kerana kamu tidak tahu apakah penghujung kamu dan apakah penghujung dia.

ARTIKEL LAIN  Ustaz Ini Dedah Punca Sebenar Tengok Handphone Ketika Jadi Imam di Masjid

“Memang kita membenci kekufurannya tetapi bukan individunya kerana individunya kita tak tahu penghujungnya macam mana,” kata Ali Zainal dalam video kira-kira empat minit itu bertajuk “Nabi SAW tak ajar kita pandang rendah orang lain”.

Isnin lalu, Tunku Tun Aminah sah menjadi isteri kepada jejaka Belanda Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Rose Face Serum Zeeta

    Pengkritik ni ada je benda yang nak di kritik… memang tu la kot kerja dia

    August 19, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • jerebu2520di2520malaysia1
    Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – …
    September 28, 2015 1
  • status phd dr azizan osman penipu
    Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam …
    September 29, 2016 0
  • doktor wanita
    Doktor Wanita Ini Cari Jodoh, Sanggup Jadi …
    October 14, 2016 3
  • Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan Semula
    Inilah Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas …
    September 6, 2016 3
  • khalid samad
    LTTE : Khalid Samad Mahu Polis Tunjuk …
    October 16, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)