BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pasu Saya Akan Sedut Semua Jerebu

ammar September 14, 2019

Sebut sahaja nama Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain, sudah pasti ramai rakyat Malaysia mengenali lelaki ini.

Nama Raja Bomoh @ Ibrahim Mat Zain selalu disebut-sebut di media suatu ketika dahulu.

“Raja Bomoh” pertama kali membuat tajuk utama pada Mac 2014 dengan sessonnya “ritual” dalam usaha membantu mencari Malaysia Airlines ‘MH370’. Beliau melakukan ritual di KLIA menggunakan air “Zam Zam”, 2 buah kelapa, tongkat sih1r “ajaib”, dan permaidani.

Baru-baru ini, “Raja Bomoh” dikec@m apabila gambar artikel berita yang menampilkan lelaki itu. Keratan akhbar itu menulis “My vase will suck all the haze” yang bermaksud “Pasu Saya Akan Sedut Semua Jerebu”.

Di dalamnya keratan akhbar itu dilihat beliau memegang pasu “khas”, yang menurutnya akan menyedut jerebu dan memulihkan udara bersih Malaysia.

Tetapi hakikat sebenarnya gambar tersebut bukanlah benar tetapi palsu. Gambar itu sebenarnya diedit oleh pihak tertentu menggunakan laman web Photofunia. Imej yang dihasilkan secara khusus membolehkan anda membuat tajuk akhbar anda sendiri dengan apa sahaja (perkataan, gambar) yang anda ada. Sama ada jen@yah, hiburan, gaya hidup, sukan, atau berita dunia.

Apa, anda tidak percaya dengan kami? Izinkan kami menunjukkan cara untuk membuat ini. Terus ke–> KLIK SINI

siakap keli

Lihatlah gambar-gambar keratan akhbar ini, latar belakang akhbar 100% sama yang membezakan cuma tajuk berita dan gambar.

Nike Mag Back To The Future Shoes

Seperti yang kita selalu katakan, jangan percaya semua yang anda lihat atau baca di media sosial. Kita perlu mendapat kesahihan sesuatu berita sebelum ianya dikongsi.

Silap berkongsi anda mungkin juga terlibat dengan orang yang menyampaikan berita yang tidak benar di media sosial. Jadi, berhati-hatilah dalam menyebarkan berita.

ARTIKEL LAIN  Kisah Tukang Sapu Berbasikal Tua Berhati Mulia

Raja Bomoh Sudah Insaf dan Bertaubat

Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ memohon maaf selepas membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.

Ibrahim mengaku insaf dan bertaubat serta memohon maaf kepada semua umat Islam atas tindakan dan kelakuannya yang menyebabkan agama Islam dipandang hin@.

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.

Ibrahim mendakwa beliau diarahkan oleh “seseorang” untuk menjalankan amalan ritual itu, walaupun tidak mendedahkan individu berkenaan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png
    Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?
    December 15, 2015 5
  • perdana menteri pakistan
    Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan …
    July 28, 2017 0
  • Alieff Irfan Youtuber
    B0ik0t Youtuber Terkenal, Alieff Irfan Kerana Video …
    October 16, 2019 0
  • Isteri Yang Bekerja
    Zaman Sekarang Baik Macam Mana Pun Suami …
    January 5, 2018 1
  • lelaki kelantan pemalas
    Lelaki Kelantan Pemalas Punca Wanita Semakin Kaya
    November 15, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)