Baru-baru ini tular satu video sebuah kereta berada di belakang sebuah kereta model Mazda.
Dalam video tersebut pemandu Mazda didepan turut menunjukkan isyarat luc@h kepada kereta dibelakangnya.
Sebaik sahaja sampai di plaza tol, kedua-dua pemandu kereta tersebut bertumbuk sesama sendiri.
Difahamkan kedua-dua lelaki itu turut cedera dan kejadian itu berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur selasa lepas.
Rakaman video itu dipercayai dibuat oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, kejadian itu berlaku pada 4.30 petang ketika seorang lelaki berusia 30 tahun yang memandu van dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor.
“Sebaik tiba di Kerinchi Link, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan kenderaan itu.
“Kedua-dua pemandu terbabit kemudiannya berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara sebelum berg@duh,” katanya.
Kedua-dua lelaki berkenaan sudah membuat laporan polis pada semalam dan hari ini.
Lelaki yang memandu van terbabit mengalami kecederaan di lutut dan muka, manakala pemandu kereta itu pula cedera di kepala, tangan dan kaki.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-36508678 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields 03 22979222 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Isteri Dedah Kisah Awal Kejadian
“Tak tahu apa masalah dia” – Suami bertumbuk di plaza tol, isteri dedah kisah awal insiden… akhirnya 2 pemandu naik mahkamah.
“Kami selalu berdepan dengan pembuli jalan raya, tetapi inilah yang paling teruk dan menyusahkan,” kongsi Yusmarlis Adrin Anas.
Yusmarlis Adrin Anas bersama suaminya, Mohamad Fazrien Mohd Ziear dan dua anaknya sedang dalam perjalanan ke Damansara apabila berlaku insiden prov0kasi dengan sebuah kereta lain sehingga mencetuskan perg@duhan, dalam kejadian di Plaza Tol Bukit Kiara, pada Selasa.
Gara-gara insiden ini, suaminya terpaksa dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berg@duh di tempat awam.
“Saya tidak tahu apa masalah pemandu itu. Pada mulanya suami memandu di laluan paling kanan dan apabila menyedari ada kereta laju di belakang, dia cuba mengubah ke laluan kiri.
“Dan ketika itu kenderaan itu tiba-tiba memotong dari arah kiri dan berada dekat kereta kami. Saya memang tidak tahu apa masalah dia yang memandu secara tidak selamat.
“Sampai di depan tol, suami berhentikan kenderaan dan dia mula menyer@ng suami. Memang ada pergelutan di situ dan suami cuba mempertahankan diri.
“Kalau lihat dalam rakaman video, suami saya cuba untuk berhenti berg@duh,”.
“Pada mulanya kami buat laporan dan pegawai polis pesan jangan kongsi video rakaman di laman media sosial kerana kes dalam siasatan.
“Keesokannya (Selasa) video itu sudah jadi viral. Viral itu bukan dari pihak kami. Jadi memandangkan kes dah viral, polis terus memanggil pemandu itu memintanya membuat laporan seterusnya dia dan suami dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.
“Memang situasi ini amat memenatkan kami. Kami bukan mahu memanjangkan cerita, tetapi bila dah jadi macam ni, terpaksalah terima.
“Gara-gara insiden itu juga, anak sulung saya yang berusia 4 tahun mengalami keceder@an akibat terhantuk di bahagian kerusi walaupun memakai tali pinggang keledar kerana ketika itu dia berada di tempat duduk belakang,” tambahnya yang tinggal di Rawang.
Yusmarlis turut berterima kasih kerana rata-rata yang menonton video tersebut tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“Ada yang mengec@m ada yang menyokong. Tetapi saya mahu tegaskan jangan timbulkan isu mengenai r@sis kerana sebelum ini ramai pembuli jalan raya tak kira bangsa. Mungkin nasib saya kali ini agak tidak baik kerana dibuli seperti ini.
“Sesiapa sahaja yang berada dalam situasi kami, mestilah marah kerana ia melibatkan nyawa kami terutamanya anak kecil.
“Saya harap kes ini biarlah diselesaikan secara adil,” katanya.
Diminta Bayar Denda atau Masuk Penjara
Menurut kenyataan dari Fazrien Yin iaitu salah seorang daripada dua orang dalam video yang tular tersebut, mahkamah telah menetapkan denda RM1000 atau perlu dipenjarakan selama 6 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang
Mungkin anda semua dah tahu dan tengok kejadian musibah yang menimpa diri saya, Isteri dan anak-anak kecil saya..Esok saya akan di jatuh hukum denda / penjara yang berjumlah maksimum RM1,000 ( SATU RIBU RINGGIT ) di Mahkamah Jalan Duta KL.
Dengan rendah diri saya buangkan rasa malu dan ego demi nasib anak-anak berjumlah 4 orang yang menjadi tanggungjawab saya..SAYA MERAYU DAN MEMOHON bantuan rakan rakan online dan langsung untuk memberi saya sedikit sumbangan kewangan sehingga terkumpulnya satu ribu ringgit Malaysia untuk membayar denda kanun 160…masuk lah penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar.
Beberapa bulan ini kami sekeluarga mengalami masalah kewangan yang agak kronik kerana atas sebab sebab kegagalan dalam kerja dan perniagaan dan kelmarin terjadi insiden yang malang membuatkan saya lebih terbeban lagi. Kewangan semasa dan simpanan saya masih tidak cukup RM780 untuk membayar denda tersebut.
Akaun AmBank atas Nama TBFP INTERPRISE ni akaun saya masuk duit niaga saya yang saya guna harian. AMBANK 8881027090450. Boleh berhubung dengan saya Www.Wasap.my/60123240448
SYUKUR, CUKUP SEMUA
Beliau hari ini memuat naik satu video bagi memberitahu bantuan kewangan untuk membayar denda sudah mencukupi. Fazrien Yin yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya.