
Berita gembira buat rakyat terengganu yang mempunyai kelayakan untuk menerima bantuan sumber kewangan dari Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam artikel ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat permohonan dana raya terengganu 2023 secara online iaitu disebut sebagai i-Fitri. Bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat terengganu adalah wang tunai.
Menurut sumber, bantuan sara hidup i-Fitri ini dahulunya dikenali sebagai Dana Raya Terengganu yang telah dihentikan pada tahun 2020 dan 2021. Hal ini kerana peruntukan berkenaan telah disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Untuk makluman, rakyat Terengganu yang berkelayakan untuk menerima bantuan ini ialah untuk mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Permohonan Dana Raya Terengganu 2023 Terbaru
Untuk makluman anda, info mengenai Dana Raya Terengganu bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk panduan anda.
Setelah pembentangan Belanjawan 2022 negeri Teregganu telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kadar bantuan yang akan disalurkan adalah berjumlah RM400 kepada 31,500 penerima isi rumah berpendapatan di bawah RM2500 dan sebanyak RM250 untuk 83,500 penerima isi rumah berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 dan ke bawah. Hari pengagihan bantuan akan dilaksanakan ketika menghampiri Hari Raya Aidilfitri 2022.

Ini adalah info mengenai iDANATTB Terengganu, info yang dikongsikan ini adalah kaedah permohonan online Dana Negeri Terengganu secara atas talian atau online. Makluman yang diberikan adalah termasuk jenis-jenis bantuan, pautan aplikasi permohonan dan syarat kelayakan permohonan untuk rujukan anda.
Cara Permohonan Online Dana Raya Terengganu (i-Fitri) 2022
Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:
a) Permohonan online
Anda boleh layari portal permohonan pada pautan ibantuan melalui pautan ini https://ibantuan.terengganu.gov.my
Sila ikuti langkah-langkah permohonan online Dana Negeri Terengganu, berikut adalah 6 langkah yang perlu anda ikuti:
1. Sila daftar masuk
Pendaftaran dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon dan sila cipta kata laluan
2. Memilih kategori
Semasa mengisi kategori, anda mempunyai beberapa pilihan kategori yang akan dibuka. Ianya akan disenaraikan dan sila pilih kategori anda yang dibenarkan sahaja.
3. Memenuhi syarat kelayakan
Semasa anda mengisi, syarat kelayakan akan dipaparkan dan anda perlulah mempersetujui segala syarat-syarat permohonan bagi meneruskan langkah permohonan seterusnya.
4. Mohon
Semua maklumat yang diminta yang bertanda * semasa permohonan perlu disi, ada beberapa bahagian maklumat adalah pilihan ( anda tidak wajib isi)
5. Membuat pengesahan
Anda yang membuat permohonan perlulah mengesahkan dan bertanggungjawab atas segala butiran yang diberikan adalah benar.
6. Mencetak permohonan
Pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai mengisi dan perlu diserahkan kepada JPKK untuk melakukan proses pengesahan. JPKK mempunyai hak untuk menerima atau tidak menerima permohonan tersebut, JPKK akan melakukan pengesahan ke atas Akuan terima permohonan dan akan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti bahawa borang permohonan anda telah diterima dan mendapat pengesahan.
Borang permohonan online Dana Raya Terengganu (i-Fitri) perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JPKK bersama dengan salinan dokumen yang diperlukan mengikut kategori dan jenis dana yang dimohon.
Maklumat Kategori Permohonan Online Dana Raya Terengganu dan Jumlah Bantuan
Ini adalah senarai kategori permohonan dan jumlah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada penerima mengikut kategori.
1. Kategori A
Jumlah pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM2,500 termasuk gaji dan elaun.
2. Kategori B
Jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501 hingga RM5,000 termasuk gaji dan elaun
Syarat Umum Kelayakan Untuk Permohonan Dana Raya Terengganu
Ini adalah syarat kelayakan permohonan i-Fitri untuk semua kategori bantuan, di antara syarat asas permohonan adalah seperti berikut:
1. Jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah mestilah RM2,500 dan ke bawah (Kategori A) RM2501 sehingga RM5,000 (Kategori B)
2. Pemohon mestilah seorang Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu SAHAJA.
3. Pemohon telah berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
4. Pemohon merupakan seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
5. Sekiranya pemohon adalah seorang penjawat awam dan lantikan kerajaan yang telah menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon
6. Kontraktor berdaftar tidak layak membuat permohonan
7. Peniaga berlesen tidak layak membuat permohonan kecuali pendapatan isi rumah adalah kurang RM2500 sebulan, antara RM2501 hingga RM5000 dan telah disahkan oleh JPKK
8. Bagi pemohon yang tiada slip gaji, perlu mengemukan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu Mukim
9. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama dengan salinan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan atau sijil lahir bagi pemohon dan tanggungan
- Salinan penyata gaji atau slip pencen yang terkini atau surat akuan pendapatan
- Salinan sijil perkahwinan atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
- Salinan SSM ( bagi peniaga berlesen yang mempunyai kelayakan)
10. Permohonan anda boleh ditolak jika maklumat yang diminta tidak lengkap
11. Kerajaan Negeri turut mempunyai hak untuk menolak permohonan dan membuat pindaan syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.
Di harapkan panduan ini dapat memberi kemudahan dan penjelasan untuk anda membuat permohonan dan berjaya mendapatan bantuan kewangan melalui Dana Raya Terengganu yang diberikan kepada Rakyat Terengganu.