BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan dan Kelebihan Mengamalkannya( Mudah dan Ringkas)

Islah Ibrahim December 8, 2022

Anda ingin mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian? Artikel ini akan kongsikan amalan sunnah yang mudah dan ringkas untuk diamalkan.

Sunnah Rasulullah adalah sumber kedua yang perlu menjadi ikutan kepada umat islam selepas Al-Quran.

Perkataan ‘As-Sunnah’ adalah berasal dari perkataan ath-thariqah yang membawa maksud kebiasaan, perjalanan hidup atau kelakuan yang terpuji dan jauh dari perbuatan tercela.

sunnah rasulullah
50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan dan Kelebihan Mengamalkannya( Mudah dan Ringkas) 2

Penekanan kepada amalan sunnah ini jelas dinyatakan dalam hadis

“barang siapa melakukan sunnah yang baik dalam islam, maka selain memperoleh pahala kepada dirinya, dia juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. Dan barang siapa yang melakukan sunnah yang jelek dalam islam, maka selain memperoleh dosa kepada dirinya, juga mendapat tambahan dosa dari orang yang melakukan sesudahnya dengan tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka “

(Hadis Riwayat Muslim)

50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan

Mengikut riwayat terlalu banyak sunnah rasulullah yang boleh kita amalkan, ini adalah 50 senarai sunnah dalam kebanyakan sunnah Nabi Muhammad itu.

1. Selalu tidur dalam keadaan berwudhuk

2. Sebelum tidur, baca surah al-ikhlas,al-falaq dan an-nas ( surah 3 kul)

3. Bertakbir dan bertasbih di tempat tidur

4. Mengamalkan doa di waktu malam

5. Membaca doa semasa bangun tidur

6. Semasa berwudhuk, amalkan berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dari satu cedukan sebelah tangan

7. Mengambil wudhuk sebelum mandi

8. Guna air dengan jimat

9. Membaca doa selepas berwudhuk

10. Selesai wudhuk, solat dua rakaat

11. Apabila dengar azan, menjawab azan

12. Selalu bersugi

13. Datang awal ke Masjid

14. Datang ke Masjid dengan berjalan kaki

15. Dalam keadaan tenang semasa hadir solat

16. Membaca doa ketika masuk dan keluar masjid

17. Semasa solat, mengadakan sempadan didepannya

18. Semasa duduk antara dua sujud, mengamalkan kedudukan di atas kedua-dua tumit

19. Semasa duduk tahiyat, kedudukan di atas lantai dengan mendirikan kaki kanan

20. Selepas tahiyat akhir, perbanyakkan doa sebelum memberi salam

21. Mengamalkan solat sunat rawatib

22. Mengamalkan solat sunat dhuha

23. Mengamalkan qiyamulail

24. Solat sunat witir

25. Bersolat dengan alas kaki

26. Bersolat di Masjid Quba ( Salah satu masjid persinggahan Nabi Muhammad)

27. Mengamalkan solat sunat di rumah

28. Mengamalkan solat sunat istikharah

29. Duduk di atas sejadah atau tempat solat selesai solat subuh sehingga terbitnya matahari

ARTIKEL LAIN  Menu Tealive: Cara Order & Harga 2022

30. Mandi di hari Jumaat

31. Datang awal semasa solat Jumaat

32. Cuba mencari masa yang mustajab untuk berdoa di hari Jumaat

33. Datang dan pulang dari solat hari raya dengan menggunakan jalan berbeza

34. Hadir ke solat jenazah

35. Menziarahi kubur

36. Bangun waktu sahur

37. Menyegerakan berbuka puasa

38. Menghidupkan Ramadhan dengan amalan baik

39. Sentiasa beriktikaf di bulan Ramadhan

40. Amalkan puasa enam di bulan Syawal

41. Amalkan puasa tiga hari setiap bulan

42. Berpuasa di hari Arafah

43. Berpuasa di hari Asyura

44. Memilih seorang ketua semasa bermusafir

45. Bertakbir semasa melalui tempat yang tinggi dan bertasbih semasa melalui tempat yang rendah.

46. Berdoa semasa singgah di suatu tempat

47. Hadir ke masjid dahulu selepas selesai bermusafir

48. Membaca doa semasa memakai baju baharu

49. Amalkan memakai selipar atau kasut dengan memulakan kaki kanan

50. Membaca bismillah semasa hendak makan

Kelebihan Mengamalkan Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian

Mereka yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan bermula dari bangun tidur sehingga mereka itu tidur semula akan mendapat 4 keuntungan di dunia dan 4 keuntungan di akhirat.

Keuntungan di Dunia

1. Ramai orang menyayanginya di dunia

2. Akan ditakuti musuh dan syaitan

3. Kehidupannya diberkati

4. Agamanya terpelihara dan tidak tercemar

Keuntungan di Akhirat

1. Ketika dikubur, kena akan mengenali wajah Rasulullah S.A.W

2. Rasulullah akan memberi syafaat kepada orang yang sentiasa menghidupkan sunnah

3. Rasulullah akan kenal kita ketika berada di padang Mahsyar

4. Semasa di akhirat, kita bertetangga dengan Rasulullah S.A.W

Kelebihan Mengamalkan sunnah adalah suatu kejayaan buat yang mengamalkannya. Seseorang itu mampu memperoleh kekuatan yang luar biasa serta mendapat sifat memuliakan.

Bukan itu sahaja, perbuatan sunnah adalah amalan mentauhidkan Allah S.W.T dan kita akan mempunyai nur atau mampu memberi hidayah kepada orang lain dengan keizinanNya.

Jom kita sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain untuk mengamalkan sunnah ini seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar dalam video ini.

Semoga perkongsian amalan sunnah rasulullah ini mampu membuka mata kita bahawa betapa mudahnya untuk mengamalkannya. Tinggal kita sahaja yang mempunyai keinginan untuk lakukannya atau tidak. Sekiranya artikel ini bermanfaat, maka kongsikanlah kepada rakan-rakan anda, semoga ianya menjadi saham pahala buat anda walaupun hanya dengan menekan butang share artikel ini.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Doa Selepas Azan Arab Dan Rumi Serta Cara Jawab Azan Dan Iqamat Serta 7 Perkara Sunat
    June 14, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • sultan kedah
    Gambar “Rare” Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth …
    September 12, 2017 0
  • mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg
    Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya …
    November 23, 2015 1
  • no plat terkini
    Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia
    May 19, 2016 0
  • Semakan BR1M 2017
    Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
    July 16, 2017 1
  • tong gas
    Awas! Jangan Beli Jika Tong Gas Ada …
    October 12, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)