BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Sihir Pemisah Punca Adam Shahz dan Isteri Bercerai?

ammar

Mei lalu kita dikejutkan dengan berita artis pelakon Adam Shahz dan isteri iaitu Fatin Afeefa bercerai dengan talak satu.

Perceraian Adam Shahz dan isteri pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Menerusi laporan mStar Online pada 4 Ogos lalu, Adam Shahz mengakui hasutan pihak luar menjadi punca Fatin memfailkan cerai terhadapnya.

Terbaru, isteri kepada pelakon Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa tidak menolak dakwaan sihir sebagai punca penceraian mereka pada Mei lalu.

Fatin berkata pada mulanya dia tidak percaya dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, dia telah mendapatkan rawatan perubatan Islam akibat sering jatuh sakit.

“Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.
“Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.
 
“Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali,” kata Fatin ketika dihubungi mStar Online.
 
Menurut Fatin, ustaz yang merawatnya memberitahu ada seseorang yang menghantar sihir pemisah sehingga memudaratkan kesihatannya.
Tambahnya lagi, disebabkan itu berat badan dia juga semakin susut sejak beberapa bulan lepas.
 
“Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.
 
“Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja,” ujarnya.
 
Menerusi ruang gosip portal hiburan pada Ahad, Adam Shahz berkongsi di laman sosial mengenai dia disihir oleh seseorang yang rapat sehingga menyebabkan rumah tangganya bergolak.
 
Dalam pada itu, bekas suaminya juga ada mendapatkan rawatan yang sama kerana sering mengalami sakit badan.
Namun, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Tentang Bulan ini bersyukur kesihatannya kini beransur pulih.
 
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik dan boleh bekerja seperti biasa. Apabila sudah sihat nak jaga anak-anak pun senang,” kata Fatin.
ARTIKEL LAIN  Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot Samarinda TV3
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Jangan Benci Cintaku Episod 13
    Drama Jangan Benci Cintaku Episod 13 Slot …
    July 17, 2018 0
  • hantu kak limah 2 02
    Pak Jabit Pelakon Filem “Hantu Kak Limah” …
    September 7, 2017 0
  • Semerah Cinta Humairah Episod 1
    Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot …
    July 24, 2018 0
  • Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends
    Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and …
    August 1, 2016 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 2
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 2
    July 14, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)