BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Akhirnya Mahkamah Koroner Memutuskan Punca Kem@t!an Anggota Bomba, Muhammad Adib

ammar

Setelah sekian lama kes kem@t!an anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang m@ut tanpa sebarang jawapan. Akhirnya hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu buat seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini 27 September 2019 adalah hari Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kem@tian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar.

Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.

Prosiding inkues dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin manakala keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Syazlin Mansor, Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.

Tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan seorang lagi Peguam Persekutuan iaitu Afiq Zainal Abidin mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam peristiwa yang menyayat hati sebelum ini, Muhammad Adib m@ut setelah ceder@ p@rah dalam rusuh@n di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Allahyarham Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Keputusan Penuh Inkues Kematian Muhammad Adib

Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, keceder@an lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.

Mahkamah Koroner menyerahkan kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.

ARTIKEL LAIN  One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna Gadis Cantik

Dalam keputusan inkues itu, turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin jam 9.55 sambil diiringi anggota polis.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • hafiz
    Dulu Limousine, Sekarang Kapal Mewah Lelaki Ini …
    January 16, 2017 2
  • Safiey Ilias Jutawan Kosmetik.png
    Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh …
    April 16, 2016 5
  • rohingya
    “Dalla” Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya …
    April 23, 2020 0
  • selfie menganjing selepas belasah rakan
    Video Penuh Budak Sekolah Selfie Muka Mengajing …
    July 31, 2017 1
  • king-kobra
    Boleh Pulak Dia Bersarang Kat Bawah Tu. …
    March 28, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)