BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan Hadiah 2022/2023

Islah Ibrahim November 26, 2022
sijil simpanan premium
Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan Hadiah 2022/2023 3

Biasakah anda selalu membaca keratan akhbar yang memaklumkan ada sahaja pemenang cabutan bertuah setiap bulan yang menang hadiah kereta mewah. Kereta pula bukan calang-calang, dapat Mercedes, BMW dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu mereka adalah penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) yang dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional.

Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) merupakan satu skim simpanan yang telah diwujudkan oleh Bank Simpanan Nasional sejak tahun 1978 lagi. Kalau bicara soal simpanan premium ini mesti nama yang berkisar di mulut adalah BSN. Ianya sudah sinonim dengan BSN.

Sejak dahulu sehingga sekarang BSN telah mengalami banyak fasa perubahan untuk memenuhi kehendak pelanggan dari semasa ke semasa.

Sijil Simpanan Premium ini adalah satu usaha untuk menggalakkan ramai orang untuk menyimpan duit atau menabung di BSN demi menjamin masa depan kewangan yang lebih baik. Dengan program Sijil Simpanan Premium, penyimpan di BSN bukan sahaja boleh simpan duit malah berpeluang memenangi hadiah menarik hasil dari cabutan bertuah SSP BSN yang diadakan setiap bulan.

Sijil Simpanan Premium ini terbukti merupakan satu program yang menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi dan telah dipercayai seratus peratus oleh masyarakat kerana turut mendapat jaminan kerajaan.

Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium BSN SSP

Buat pemegang akaun Bank Simpanan Nasional, anda berpeluang untuk memenangi hadiah kereta mewah dan juga pelbagai lagi tawaran hadiah menarik yang disediakan setiap bulan.

Untuk membuat semakan keputusan nama pemenang, anda boleh check menggunakan No. Kad Pengenalan atau menggunakan No. Sijil SSP anda

Sila klik pada pautan berikut untuk membuat semak keputusan . SEMAK KEPUTUSAN

Melalui pautan ini juga, anda boleh semak siapakah pemenang cabutan dengan memilih tahun dan bulan pada ruangan dibawah.

noname 11
Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan Hadiah 2022/2023 4

Tarikh Cabutan BSN SSP

Di sini dikongsikan kalendar dan tarikh cabutan BSN SSP untuk anda check result lucky draw atau cabutan bertuah. Sila rujuk jadual dibawah ini untuk memudahkan anda mengetahui tarikh:

BULANTARIKH CABUTAN BSN SSP
Cabutan Januari 202114 Februari 2021
Cabutan Februari 20216 Mac 2021
Cabutan Mac 20213 April 2021
Cabutan April 20218 Mei 2021
Cabutan Mei 20215 Jun 2021
Cabutan Jun 20213 Julai 2021
Cabutan Julai 20217 Ogos 2021
Cabutan Ogos 20214 September 2021
Cabutan September 20212 Oktober 2021
Cabutan Oktober 20216 November 2021
Cabutan November 20214 Disember 2021
Cabutan Disember 20218 Februari 2022

Syarat Syarat Membuat Sijil Simpanan Premium SSP

  1. Tawaran ini terbuka untuk warganegara Malaysia, merupakan penduduk tetap serta warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  2. Telah berumur 12 tahun dan ke atas
  3. Boleh bermula dengan simpanan minimum RM10 ( 1 unit) dan tiada had maksimum.
ARTIKEL LAIN  Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama)

Cara Membuat Simpanan SSP BSN

Jika anda ingin menyertai program ini, anda boleh membuat simpanan Sijil Simpanan Premium di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) , mesin teller automatik (ATM) BSN, mesin deposit tunai (CDM MACHINE) BSN, melalui perbankan internet (myBSN), Perbankan SMS serta melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN yang ada di seluruh negara.

Hadiah Cabutan SSP BSN 2022

Yang ditunggu-tunggu kini terjawab, Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) terus mendapat sambutan masyarakat yang sangat menggalakkan. Sehingga kini lebih 4.49 juta penyimpan telah dicatatkan di seluruh negara dengan hasil simpanan lebih RM4.78 bilion sehingga Jun 2022.

Ketua Eksekutid Bank Simpanan Nasional , Jay Khairil telah mengumumkan bahawa tahun 2022, BSN menawarkan hadiah bernilai RM26 Juta kepada 16,000 orang pemenang.

Tahun ini juga, buat kali pertamanya, BSN telah memperkenalkan kategori yang baharu iaitu Cabutan Jantina yang akan menawarkan dua orang pemenang lelaki serta wanita untuk memenangi hadiah lumayan pada bulan Jun dan bulan Disember 2022 nanti.

Sehingga kini, sebanyak 7 kategori telah diperkenalkan berbanding hanya 6 ketegori pada tahun lalu.

Cabutan istimewa yang menawarkan hadiah 1 Juta setiap bulan terus dikekalkan dimana ianya menjadi cabutan paling menarik dan sinonim untuk Bank Simpanan Nasional.

Sepanjang tahun ini, seramai 12 orang penyimpan BSN SSP bakal memenangi hadiah 1 Juta sekaligus bakal melahirkan 83 orang bakal jutawan melalui kempen BSN SSP.

Hadiah kereta mewah BMW telah dikembalikan dalam Kempen Cabutan BSN SSP 2022 dan menjadi Cabutan Bulanan untuk bulan Februari,Apri,Jun,Ogos,Oktober dan Disember.

Para penyimpan SSP BSN juga turut berpeluang menjadi pemenang Cabutan Bulanan dengan tawaran hadiah pertama RM100,000 dan hadiah kedua percutian domestik yang bernilai RM5000 setiap bulan.

Berikut adalah video bagaimana proses cabutan BSN SSP dijalankan:

Semoga perkongsian ini dapat menggalakkan lagi untuk anda mula membuat simpanan demi untuk masa depan kewangan anda yang lebih baik.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • sabung ayam
    Benarkah Besut, Terengganu Dahulunya Bawah Kelantan Tetapi …
    October 26, 2017 1
  • Wang Tak Dituntut
    Cara Buat Semakan Secara Online Wang Tak …
    August 3, 2017 9
  • arina sep 2022 singapore 2023 public holiday shutterstock 1
    Cuti Umum Malaysia 2023: Peristiwa Dan Tarikh …
    November 7, 2022 0
  • cara dapatkan pinjaman peribadi bank rakyat
    Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Terkini 2022 dan …
    April 15, 2014 83
  • pure white background 85a2a7fd 10
    Cuti Umum Selangor 2023 dan 2022 (Hari …
    November 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)