
Anda dalam proses memilik kenderaan baru? info ini adalah untuk rakyat Malaysia yang ingin menukar nombor plat kenderaan samada kereta atau motor melalui JPJ eBID. Panduan ini akan membantu anda cara mohon JPJ eBID hanya secara online.
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewujudkan inisiatif untuk memperluaskan skop sistem mySIKAP dalam Pengurusan Nombor Pendaftaran. Inisiatif ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia sendiri dan telah mula dilaksanakan bermula 15 April 2019.
Pengenalan Sistem JPJ eBid Sistem Bidaan Nombor Plat Kenderaan Online
Sistem JPJeBid adalah sebuah sistem kendalian penuh pihak JPJ yang menyediakan fungsi yang sangat mesra pengguna, ringkas dan mudah. Melalui sistem ini, pengguna boleh menjalankan proses-proses melihat iklan, pendaftaran, bidaan, pembayaran dan proses ketetapan aplikasi dan akaun.
Pengguna perlu menjalankan proses ini sendiri oleh anda sebagai pembida dan ianya akan dipantau selia oleh JPJ.
Anda tidak perlu risau akan kesahihan proses ini kerana ianya dipantau sepenuhnya oleh JPJ terutama urusan yang melibatkan transaksi bayaran dan pendaftaran. Selepas ini sistem ini dijangka akan bertambah efisien lagi dengan pelbagai penambahbaikan yang dilakukan dengan kewujudan sistem bidaan atas talian.
Cara Daftar Bidaan Nombor Plate Online
Kemudahan bidaan nombor plat ini adalah terbuka untuk individu atau mewakili syarikat. Sebagai permulaan, anda perlu membuat pendaftaran melalui MySikap di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan JPJ kecuali UTC.
Selepas selesai, anda boleh pergi kepada pautan ini JPJ eBID
untuk membuat pendaftaran, anda hanya perlukan dua dokumen ini:
- Sekiranya individu: Salinan kad pengenalan
- Jika mewakili Syarikat: Sertakan salinan sijil ssm dan lesen pendaftaran perniagaan
Infografik ini akan membantu anda melihat proses ini dengan lebih jelas

Selepas anda berjaya mendaftar, anda boleh mula mendapat akses e-bidaan dengan hanya menggunakan telefon pintar anda atau laptop/pc. Jika anda berminat untuk membida sesuatu nombor pilihan atau beberapa nombor lain, setiap satu nombor akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10, dua nombor RM20 begitulah seterusnya. Ini adalah wang hasil bagi kerajaan yang tidak akan dikembalikan (no refundable).
Keputusan Bidaan Nombor Plat Kenderaan
Setelah anda menyertai bidaan sesuatu nombor tersebut, anda akan berada dalam suatu tempoh tertentu dan kemudian pemenang akan diumumkun selepas selesai tempoh bidaan.
Ini adalah contoh proses bidaan yang sedang berlangsung

Kategori Nombor Plat Kenderaan
Ada dua jenis nombor plat yang biasanya ditawarkan dalam proses bidaan dan kategorinya adalah seperti berikut:
- Nombor semasa: nombor yang sedang dijalankan
- Nombor dua digit: nombor yang menjadi pilihan popular. Ada juga yang melibatkan 3 digit berganda
- Nombor digit menarik
- Nombor utama: digit tunggal
Setiap kali bidaan dilakukan, ianya akan bermula dengan harga minima dan juga ada peningkatan bidaan minima sebanyak 5%
Contoh seperti jadual harga ini:
KATEGORI | UTAMA | MENARIK | POPULAR | SEMASA |
Harga Minima | RM30,000 | RM4,000 | RM900 | RM400 |
Peningkatan Bidaan Minima | RM1,500 | RM200 | RM45 | RM20 |
Sekiranya anda memenangi bidaan tersebut melalui sistem JPJ ebid ini, anda akan menerima emel daripada pihak JPJ, pastikan anda menggunakan emel terkini yang aktif.
Kemudian anda boleh terus mencetak keputusan dengan cara membawa salinan emel yang membuktikan anda telah memenangi serta salinan kad pengenalan semasa pergi ke mana-mana cawangan JPJ.
Berikut adalah proses yang perlu anda lalui:
- Jika bidaan anda berjaya, amaun yang anda bida akan terus ditolak daripada kad kredit atau debit anda
- Jika tidak berjaya, transaksi anda akan dibatalkan serta amaun yang anda telah bayar semasa bidaan akan dikreditkan semula dalam kad kredit anda (tiada sebarang caj dikenakan) kecuali caj RM10 awal yang tidak akan dipulangkan
- Selepas berjaya, anda mempunyai masa 12 bulan ( satu tahun) untuk menguruskan pendaftaran kenderaan dari tarikh surat yang dihantar oleh JPJ. Anda akan menerima surat tamat tempoh sekiranya tempoh 12 bulan ini tamat
- Sekiranya anda mendaftar secara individu dan mahu memindahkan nombor ( yang telah menang bidaan ) ini kepada ahli keluarga, ahli keluarga tersebut perlu menunjukkan dokumen sokongan seperti sijil kelahiran, sijil kahwin atau lain lain.
- Sekiranya melibatkan syarikat, keinginan untuk memindah milik nombor adalah tidak dibenarkan sebelum didaftarkan ke mana-mana kenderaan
Ini adalah video tutorial cara untuk lakukan bidaan nombor plat kenderaan
Sekiranya anda jelas dengan perkongsian ini, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.