BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah

ammar

Rasanya ramai rakyat Malaysia yang mengikuti kisah mengenai video seorang budak sekolah yang memukul ibunya sendiri baru-baru ini.

Sebelum ini video tersebut viral disebabkan oleh seorang pengguna media sosial bernama Jejaka Sereng bertindak memuatnaik video itu di laman facebook.

Video itu pada asalnya dirakamkan oleh adiknya dan diberikan kepada ayahnya. Selepas itu, video itu diberikan kepada cikgu oleh ayahnya dengan niat supaya cikgu mengajar anaknya.

Tetapi malangnya video itu mula tular apabila cikgu yang menerima video itu memberikan kepada pengawal keselamatan sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan sebelum ini, Jejaka Sereng mengaku dan memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuatnaik video itu.

“Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.

“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.

“Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri,” katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.

Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.

“Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku,” katanya dalam komen itu.

Susulan daripada video yang tular itu ramai netizen mengecam tindakan remaja tersebut sehinggakan ayahnya sendiri merasakan kehidupan keluarganya terancam.

Akhirnya satu report polis dibuat oleh ayah remaja itu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.

ARTIKEL LAIN  Produk Sampah, Pelanggan Marah Kerana Berat Badan Hanya Turun Sehingga 48kg Sahaja

Berita Palsu, Remaja Positif Dadah

Susulan kes ini, ada segelintir netizen di laman sosial menyebarkan berita palsu kononya remaja yang memukul ibunya itu positif dadah. Polis telah mengambil keterangan daripada remaja itu dan menjalankan ujian air kencing, namun remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah. Sila hentikan penyebaran maklumat palsu!

Remaja Menyesal Pukul Ibu

Dalam perkembangan sama yang terkini, wartawan Harian Metro mengunjungi kediaman remaja berkenaan di Taman Bukit Teratai, Ampang untuk menemubual ibunya, Umisarah Manaf, 36 dan bapanya, Mohammad Nasir Budori, 39.

“AMPUNKAN Abang Long mak, abah. Abang Long menyesal…,” kata Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang videonya memukul ibunya beberapa kali menggunakan tangan tular di laman sosial kelmarin.

Tonton video temubual wartawan Harian Metro bersama keluarga remaja ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • neelofa jual susu pisang
    Neelofa Jual Susu Pisang, “Packaging” Tu Buat …
    November 18, 2019 0
  • kenapa lelaki perlu kahwin staff nurse
    Jururawat Cun Ini Dedah 10 Sebab Kenapa …
    June 30, 2016 1
  • mangkuk tandas
    2 Lelaki DitangkAp Selepas Jual Mangkuk Tandas …
    July 24, 2020 0
  • Muhammad Adib
    Akhirnya Mahkamah Koroner Memutuskan Punca Kem@t!an Anggota …
    September 27, 2019 0
  • sudirman
    Ingat Watak ‘Din’ Dalam Filem KAMI Bersama …
    March 7, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)