BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Khalid Samad Takut Duit 1MDB(AS$300 JUTA) Hasil Usaha Kerajaan PH “Ditelan” Kerajaan PN

ammar April 18, 2020

Perseteruan bekas Kerajaan “Pakatan Harapan” dengan kerajaan baru iaitu Perikatan Nasional nampaknya belum lagi reda walaupun negara kini diacam dengan Covid-19.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad seringkali mengkritik kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran dari berita pemulangan AS$300 juta dana 1MDB dari Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kepada Malaysia, Khalid Samad membuat beberapa ciapan melalui akaun twitternya.

Menerusi ciapan di akaun twitter rasmi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan bahawa wang yang dipulangkan oleh Amerika Syarikat sebanyak AS$300 juta dana 1MDB merupakan usaha kerajaaan Pakatan Harapan(PH).

  • khalid samad twitter

Baru-baru ini Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudah memulangkan sejumlah AS$300 juta lagi dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Perdana Menteri dalam satu kenyataan, berkata, jumlah itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS.

Katanya, dengan pemulangan AS$300 juta itu menjadikan jumlah keseluruhan dana yang sudah dipulangkan kepada kerajaan membabitkan nilai AS$620 juta.

twitter khalid samad
Khalid Samad Takut Duit 1MDB(AS$300 JUTA) Hasil Usaha Kerajaan PH "Ditelan" Kerajaan PN 3

Khalid Samad menulis melalui ciapannya, ” Alhamdulillah. Usaha kerajaan PH telahpun berhasil. Tahniah AG dan MoF serta PM lama. Harap harap tidak ditelan pula oleh geng yang tidak beramanah. Kalau sanggup khianat rakan-rakan sendiri, sejauhmana boleh jamin duit dari US ini selamat? RM 1.3 Bilion tu”.

Laman web MalaysiaKini juga menulis mengenai perkara ini dimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya mesti membuktikan mereka telus semasa mengendalikan dana 1MDB bernilai RM1.3 bilion yang dikembalikan Jabatan Kehakiman AS, kata sebuah badan pemantau rasuah.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hal itu dibangkitkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini ditubuhkan bukan atas pilihan rakyat.

Justeru, wang AS$300 juta yang dipulangkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat ini menjadi kebimbangan buat beberapa pemimpin pembangkang. Mereka takut wang itu diseleweng oleh kerajaan pada hari ini iaitu kerajaan Perikatan Nasional(PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, dalam hal ini satu ayat yang sesuai diberikan kepada pemimpin pembangkan adalah ” Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan”. Ayat itu adalah inspirasi dari kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Pakatan Harapan sekarang ini tidak perlu lagi mencampuri urusan tadbir urus kerajaan baru Perikatan Nasional kerana mereka bukan lagi kerajaan yang memerintah Malaysia pada hari ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • pecah amanah
    Adik Mangsa Nahas DUKE Pecah Amanah & …
    October 19, 2016 0
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0
  • Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS
    Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi …
    September 20, 2016 0
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • foto-pernikahan-sejenis-di-bali.jpg
    Foto Pernikahan Sejenis di Bali Indonesia
    January 6, 2016 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)