BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah

ammar

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?

Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.

Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

ARTIKEL LAIN  KOLEKSI GAMBAR WALLPAPER RAMADHAN 2016

Sumber asal: Isma Anis Alfikri

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. zik

    penerangan yang cukup jelas dan bernas,.

    August 10, 2015
  2. onlajer

    Perkara yang mudah dijadikan susah

    August 28, 2015
  3. Pingback: Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?Ramai Yg Tidak Tahu Hukum Yg Sebenar, Rugi Tak Baca – SEEK TRUTH
    February 18, 2018
  4. Pingback: SUAMI CIUM JENAZAH ISTERI BATALKAH WUDUK JENAZAH?RAMAI YG TIDAK TAHU HUKUM YG SEBENAR, RUGI TAK BACA
    February 18, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Doa Akhir Tahun dan Awal
    Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah …
    September 18, 2017 1
  • gambar najib cium batu hajar aswad
    Misteri Hajar Aswad Yang Mengejutkan Neil Amstrong …
    August 13, 2015 0
  • jadual kuliah ustaz azhar idrus november 2016
    Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan …
    November 1, 2016 0
  • Sebenarnya Tak Batal Wuduk Sentuh Suami Isteri
    Sebenarnya Tak Batal Wuduk Sentuh Suami Isteri?
    October 10, 2016 0
  • doa makan sebelum dan selepas
    Baca Doa Makan Sebelum Makan, Perlu atau …
    June 13, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)