Kepada sesiapa yang mencari doa dhuha rumi dan arab, ini adalah satu artikel yang sangat sesuai buat anda. Di dalam artikel ini kami akan berikan info mengenai doa dhuha rumi dan arab serta cara untuk melakukan solat sunat dhuha dari awal hingga akhir.
Bacaan Doa Dhuha Rumi
Berikut di bawah ini adalah bacaan doa dhuha rumi bagi memudahkan anda membaca:
- Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
- Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
- Wal Jamaala Jamaaluka
- Wal Quwwata Quwwatuka
- Wal Qudrata Qudratuka
- Wal Ishmata Ishmatuka
- Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
- Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
- Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
- Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
- Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
- Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
- Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
- Aatini Maa Ataita Ibadikash Shalihin
Maksud Doa Dhuha
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha-Mu, kecerahan itu ialah kecerahan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu Duha-Mu, kecerahan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah salah satu tanda terima kasih kita sebagai hamba kepada pencipta kita Allah S.W.T di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Ini juga sebagai usaha kita untuk menunjukkan rasa syukur. Pada kali ini penulis berkongsi Cara Solat Dhuha mengikut sumber yang sahih supaya dapat kita sama-sama amalkan. Dengan cara solat dhuha ini, semoga anda dapat info yang lengkap.
Rasulullah S.A.W ada bersabda dalam riyawat daripada Abu Hurairah
“Rasulullah S.A.W berwasiat kepadaku tiga perkara ini agar usah ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan solat witir sebelum tidur”
Daripada Abu Dzar juga ada meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda
“Hendaklah masing-masing diantara kamu setiap pagi amalkan bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedeka, dan tiap takbir adalah sedekah. Amal makruf adalah adalah sedekah, mencegah keburukan adalah juga sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah dengan mengamalkan dua rakaat solat dhuha”
Daripada hadis ini, menggambarkan nabi sangat mengalakkan umatnya untuk mengamalkan Solat Dhuha, jadi marilah kita sama-sama amalkan sebagai amalan harian kita.
Waktu Solat Dhuha
Solat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik. Waktu rujukannya adalah 28 minit selepas syuruk. Kebiasaanya waktu syuruk adalah 7.32 pagi mengikut kawasan dan ditambah 28 minit. Dan bermulanya waktu dhuha adalah bermula pada jam 8.00 pagi.
Bilakah Waktu Paling Afdal Solat Dhuha
Waktu yang paling afdal mengamalkan solat dhuha adalah pada anggaran matahari naik pada ketinggian satu galah ( 7 hasta atau 3 meter ). Waktu kebiasaanya adalah jam 9.30 pagi.
Cara Solat Dhuha Langkah Demi Langkah & Doa Dhuha Rumi dan Arab
Solat dhuha boleh diamalkan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat. Rasulullah sendiri paling banyak mengerjakannya pada jumlah 8 rakaat.
1. Niat Solat Dhuha Rumi
2. Surah yang digalakkan oleh ulama membacanya ketika solat ini
Solat Dhuha 2 Rakaat | Solat Dhuha 4 Rakaat |
a) Ayat Qursi 10 kali dan Ayat Al-Ikhlas 10 kali b) As- Syams dan Ad-Dhuha atau, c) Al-Lail dan Al-Insyirah | a) Solat pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha b) Solat seterusnya: Al-Kafirun dan Al-Ikhlas |
3. Amalkan bacaan ini semasa sujud terakhir sebanyak 40 kali
4. Selepas selesai memberi salam ,bacalah tasbih ini 10 kali
5. Berdoa dengan doa solat dhuha
Video Doa Dhuha
Kelebihan Menunaikan Solat Dhuha
Kerjakanlah solat dhuha ini setiap hari, kerana ianya adalah sebaik-baik amalan. Seseorang itu akan beroleh keampunan Allah S.W.T, dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa dan kehidupan.
Semoga artikel ini menerangkan secara jelas cara solat dhuha untuk memudahkan anda semua bagi mengerjakan solat dhuha. Cara solat dhuha yang diterangkan di dalam artikel ini sangat mudah dan ringkas untuk dilakukan oleh semua orang Islam.
Marilah sama-sama kita amalkan solat sunat dhuha serta doa dhuha setiap hari! Semoga kita semua memperoleh pahala yang melimpah ruah dari-Nya.