BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Solat Istikharah Cara Melakukan Langkah Demi Langkah

ammar April 27, 2015
Isi Kandungan Tutup
1. Solat Istikharah Itu Apa?
2. Berikut adalah kaedah untuk melakukan Solat Sunat Ini
3. Cara Melaksanakan Solat Sunat Istikharah:
3.1. Lafaz niat
3.2. Rakạat pertamạ:
3.3. Rakaat keduạ:
3.4. Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)

Solat Istikharah Itu Apa?

Solat Istikharah. Solat Sunat ini adalah satu amalan solat sunat yang diamalkan sebagai usaha untuk memperoleh petunjuk daripada Allah dalam membuat keputusan dalam sesuatu perkara yang diragui. Amalan solat sunat diamalkan bagi mendapat petunjuk atas persoalan yang terus bermain di fikiran seorang Muslim. Ketika mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan pertama atau pilihan kedua. Oleh itu, ikhtiar solat sunat ini dapat membantu seseorang muslimin atau muslimat itu mendapat jawapan kepastian atas persoalan antara dua pilihan itu.

Perlu buat keputusan samada pilihan pertama dan terpaksa melepaskan pilihan kedua. Begitulah asam garam hidup di dunia ini, kita sentiasa diberi pilihan. Dalam bab menentukan pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya?

Solat Istikharah adalah langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Ini dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.

Dengan solat sunat ini Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik.

Berikut adalah kaedah untuk melakukan Solat Sunat Ini

Solat Istikharah

Cara Melaksanakan Solat Sunat Istikharah:

Lafaz niat

Perkara pertama untuk solat adalah melafazkan niat. cara sebut niat adalah “Ushạlli Sunnatạl Istikharạạti Rak’atạini Lillahi Ta’ạala”.

(Sahaja Aku solat sunnat istikharah 2 rakaat tunai kerạna Allah Ta’ạlạ)

Rakạat pertamạ:

Kemudian baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.

Rakaat keduạ:

Baca surạh Al-fatihah dan surah Al-ikhlạs.

Selepas salạm, bacalạh doa yạng disarạnkan dalạm istikhạrah.

doa-istikharah.jpg

Dalam berdoa seafdhalnya sebutkanlah hajat yang hendak diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika perkara ini….(sebṳtkan namanya)”

Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)

  • Allaạhṳmma inni astạkhiirṳkạ bi’ilmikạ, wa astạqdirṳkạ biqṳdrạtika wa ạs alṳka min fạdhlikal azhiim. Fa innạka taqdirṳ wa laa aqdirṳ, watạ’lamṳ wa lạa a’lamṳ, wạ antạ allaạmṳl ghṳyuṳb.
  • Allạahṳmmạ inkṳnta ta’lamṳ anna haadzal amra khạirṳn lii fii diinii wạma’aasyii wạ ‘aaqibati amrii, ‘aạjili amrii wa aajilihi fạqdrṳhu lii wa yạssirhṳ lii tsṳmmạ bạarikliifiihi. Wạ inkṳntạ ta’lamṳ anna haadzal amra syạrrṳn lii fii diinii wạ ma’aạsyii wa ‘aạqibatṳ amrii ‘aạjili amrii wa ạajilihi fashrif annii wạshrifni ‘ạnhṳ waqdṳr liyạl khairahaytsṳ kaạna tsṳmma ardhinii bihi, innaka ‘alạa kulli syai-in qadiir
ARTIKEL LAIN  Subhanallah...Ica peluk bapa, minta diajar mengucap

Maksudnya:

  • “Ya Allah, aku bermohon diberi petunjuk membuat keputusan yang baik dalam pengetahuanMu, aku bermohon ditạkdirkan yang terbaik dengạn kudrạtMu, aku menghạrapkan kurniạMu yạng besar. Engkạu Maha Kuạsa dan aku adalạh hambạMu yạng dhaif. Engkạu Maha Tạhu dan aku adalạh hambaMu yạng jạhil. Engkạu Mạha Mengetahui semuạ yang ghạib dan yạng tersembunyi.
  • Yạ Allah, jika hạl ini (***) dalạm pengetahuanMu adạlạh bạik bạgiku, bạik pạdạ agạmạku, bạik pạda kehidupạnku sekạrạng dạn di mạsa datạng, tạkdirkạnlah dạn mudạhkạnlah bagiku kemudian berilạh aku berkah daripạdạnya.
  • Tetạpi jika dạlam ilmuMu hạl ini (***) akạn membạwa bencạna bagiku dạn bạgi agạmaku, membạwa akibạt dalam kehidupạnku baik yạng sekạrang atạupun pada mạsa akạn datạng, jauhkạnlah ia daripạdaku dan jạuhkanlah aku dạripadanya. Semogạ Engkạu tạkdirkan aku pạda yang baik, sesungguhnya Engkạu Maha Kuạsa atạs setiap sesuạtu.”

*Waktu yang afdhal untuk Solat Sunat Istikharah adalah ketika 2/3 malam(kebiasaannya 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.

Kesimpulannya, solat istikharah adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut bagi membantu seseorang muslim dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan solat sunat Istikharah dengan betul.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai artikel ini teruskan menulis komen di ruangan komen di bawah ini. Sertakan komen dengan email dan nama penuh.

Adakah artikel ini membantu? Kongsikan artikel ini jika ianya membantu anda dan rakan-rakan.

Next Article

27 Comments

  1. eiya

    saya ingt brtnya.. sy telh melakukn slt istkrah iaitu mgenai plhan jdoh slma 3 mlm.
    dah hslny sy brasa tenang bla mengingati si dia tetapi kami tdk lagi mghbgi antra stu sma laen.
    adakah ini ptunjuk y kmi tiada jdoh krna tdk lg brhubgn…
    mhon kngsi pndpat.

    September 5, 2015
  2. ajiezz

    Mungkin jodoh awk dengan saya wahai eisya

    October 14, 2015
  3. insan keliru

    Saya dan bekas kekasih telah buat solat istikharah, saya tak dapat petunjuk dan dia dapat. Tapi dalam mimpinya wanita lain yang muncul. Walaupun saya tahu bukan sayalah wanita dalam mimpinya, saya selalu buat solat hajat agar jodohnya dipertemukan dgn saya, dan jika sebaliknya saya mohon agar Allah relakan hati saya atas ketentuannya. Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya saya solat hajat untuk berjodoh denganya sedangkan saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya. Adakah saya dianggap sebagai melawan takdir Allah dengan melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi ne adalah usaha saya selagi tidak dipertemukan dgn org yg tepat dan dalam masa yg sama saya tetap minta Allah merelakan hati saya sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya.

    December 8, 2015
    • HAFIZAH

      Tidak berdosa. Hukumnya jadi haram apabila awak minta pertolongan daripada yang lain e.g ilmu sihir. Allah juga sudah memberitahu kita bahawa doa boleh mengubah takdir seseorang. Selagi awak tidak meminta dengan yang lain selain Allah dan buruk sangka dengan Allah disebabkan mimpi yang diterimanya dan juga tidak bersedih berlebih lebihan, usaha awak dalam melakukan solat hajat itu tidak berdosa. Dan tiada istillah ‘memaksa’ allah untuk mendapatkan sesuatu keinginan kerana hanya Dia yang berkuasa dan hanya pada Dia sahaja tempat kita bergantung

      August 12, 2019
  4. farahtembun5

    saya ada pilihan sediri, tetapi keluarga menentang, mereka suruh saya bersama pilihan mereka. tapi hati saya pada pilihan saya. wajar ke saya menunaikan solat istikarah ni. sebabkan itu saya keliru. sama ada untuk korbankan hati dan perasaan sendiri atau terus bersama pilihan hati saya

    December 20, 2015
    • hafizah

      ye, wajar. carilah petunjuk dan beritahu kepada kedua ibu bapa awak

      August 12, 2019
  5. ameera_huzaimie

    Saya keliru dgn kehadiran ex-bf sy… Seolah2 ingin peluang utk hubungan kami…n saye keliru dgn keputusan keluarga yg ingin saya berhenti hubungi ex-bf saya… Adakah saya perlu lakukan solat istikharah… Saya ingin sesuatu yg tenang…

    June 4, 2016
    • aieynaieynza

      assalamualaikum. saya ingin bertanya ,jika saya tidak pandai membaca doa solat istikharah dalam bahasa jawi tetapi saya hanya membaca maksud doa tersebut , adakah solat saya sah ? mohon penjelasan

      August 4, 2016
      • hafizah

        doa solat istikharah itu dibaca selepas memberi salam jadi walaupun awak baca dalam bahasa rumi, solat awak tetap sah.

        August 12, 2019
  6. Normawati binti ibrahim

    Sy dh bkhwin n mempunyai 2org ank..tp ht sy xpernah tenang stlh mgthui khdiran org k 3 dlm hdup suami..ble sy btanya suami hya mnyatakn si dia adlh rkan bisnes..,tp ht ini dpt mrasakn ada sesuatu yg dirahsiakn..si dia slalu berhubung dgn suami sy..bleh kh sy mbuat solat sunat istiqarah agar allah dpt memberi ptunjuk diatas smue ni..

    August 1, 2016
    • Jameah harun

      Lakukanlh istkharah utk mndpt jwpn yg sbnar dr allah…

      December 11, 2019
  7. mysterious girl

    assalamualaikum..sy skrg mahu hubungan sy dgn bf sy makin serius..kami skrg tngah plannning utk hubungan yg lebih serius..baru2 ini, ex bf sy dtg dan mencari sy…dia sedar akn kesilapannya yg lalu..sy tidak layan..sbb nk jaga hati bf sy..hati sy xtenang bila pikir sume nie..mmg xnk pikir..tp mmg akn trpkir jgk..hmm..perlu ke sy bt solat istikharah utk mendapat petunjuk..??

    August 3, 2016
    • Jameah harun

      Perlu.apapun keraguan,blh melakukan istkharah

      December 11, 2019
  8. taurus85

    Sy dan bf sy berkawan dah 3 tahun tetapi sejak akhir2 ini, hubungan kami goyah sikit. Mohon penjelasan dari kamu semua… bulehkah sy mlakukan sunat istikarah dlm 5 kali sehari? Sebab sebelum ni… sy rasa tak ada tanda2 lg Allah bgi pada sy. Sy dh buat 3mlm berturut2 sblum ni.

    August 8, 2016
    • Azrin

      wt solat isthikarah sekerap yang mungkin supaya dapat petunjuk dr Allah swt.bukan hanya 3mlm..

      September 1, 2016
    • Jameah harun

      Istikharah blh dibuat brp byk kli dlm sehari…tp wktu terbaik 2/3mlm..jwpn diberi tk semesti dlm mimpi,melalui perasaan dan emosi juga…biasanya klu berjodoh hati akn kuat dan tenang..tp bergantung juga pd apa yg kita mnta….

      December 11, 2019
  9. shazx

    Asalammualikum say ingin bntnya nie.. Perlu ka sy but solat isthikhrah kerana sy ingin kmbli kpda ex bf sy dn dlm msa yg sma ex bf sy yg lain ingn kmbli jgk kpda sy? Tp sky hbgn sy dgn ex bf mula renggang scra ttba sy pn x tau ap sbb nya

    January 11, 2017
  10. rina wati hj ajamain

    Assalamualaikum ..boleh kah saya solat isthikhrah untuk suami saya ya bernama muhammad fairuz bin omar dari pada kesakitan.saya hanya ingin tahu bagaiman nak buat ia sembuh seperti sedia kala

    March 26, 2017
  11. hafizah

    bagaimanakah petunjuk itu d berikan jika selain dri mimpi?

    June 21, 2017
    • Kurt

      Nt Allah bukakan jalan (dipermudahkan) bg urusan itu.. Perlahan lahan kita akan nampak.. Trust Him..insyaAllah 🙂

      June 29, 2017
  12. Kaa

    Minta izin ss untuk belajar ye.

    July 3, 2017
  13. Alin

    Tanda2 jawapan dr istikharah bukan semata2 dtg dr mimpi tp dlm bentuk urusan jd mudah, hati tenang mengingatkan dia..dan jika terdapat halangan dlm urusan bermakna itulah jawapan yg Allah berikan…

    June 10, 2018
  14. yinn

    Assalamualaikum. saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak. saya sudah tawar hati akibat sikap dan perangai suami yang panas baran. dalam masa terdekat ni bekas kekasih saya menghubungi saya dan banyak memberi nasihat kepada saya. perlukah saya membuat solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah adakah suami atau bekas kekasih jodoh saya yang sebenar ??

    February 23, 2019
  15. Ika

    Assalamuaikum, saya dan bf berkawan dah 9thun.. Tapi tetiba dia mintak putus dan ada org lain.. Saya harap, dgn solat istikarah Allah dapat membantu saya

    October 6, 2019
  16. hamba allah

    sye ingin tahu adakah boleh jika saya tidak membacakan doa slps solat istikharah tapi sye membaca doa sye sendiri dgn menyelitkan pilihan sye? adakah tidak apa atau doa selepas solat istikharah ini wajib dibaca jika ingin melakukan solat istikharah?

    October 29, 2019
  17. Anonymous

    Blh x solat sunat istikharah tanpa solat sunat tahajjud terlebih dahulu? Sbb sblm ni pernah dengar sunat istikharah perlu dlakukan dengan sunat tahajjud

    November 28, 2020
  18. idah

    assalamualaikum. sya nk bertanya. sya buat solat tau at dan istiharah. memohon agar ALLAH beri petunjuk pda sya. sbb suami sya berpoligami. tapi dia tdak berskap adil. mlah mempunyai hbgan dgn pmpuan lain. sya ada dengar yg dia bgtau org lain yg dia dh ceraikan sya dan letak taklik pda madu sya dan madu sya dh lggar taklik tu. bila sya tanya berdpan dgn suami, dia tk mngaku. jadi sya buat solat ni mntak petunjuk dari NYA . adakah blh diterima dgn melakukan solat istikharah. agar di beri petunjuk dan bukti perbuatannya pda istri2 nya.maaf krna pnjg ayat

    November 13, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • doa2520akhir2520tahun2520dan2520awal2520tahun2520hijrah25202015
    Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah …
    October 13, 2015 0
  • 60350380 1555616244573294 3014534238214029312 n 1
    Tarikh Mula Puasa 2023 di Malaysia dan …
    October 18, 2022 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    May 23, 2020 2
  • gambar kalimah allah terselamat dari kebakaran.jpg
    Gambar Kalimah Allah Yang Terselamat Dari Kebakaran
    May 30, 2016 0
  • durian musang king murah mahal
    Jual Beli Durian Secara Timbang Termasuk Kulit, …
    July 30, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)