Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online
Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online. Memandangkan peningkatan kos sara hidup akibat dari keadaan ekonomi yang tidak stabil ramai mula berjinak-jinak untuk membuat pendapatan sampingan dengan berniaga.
Jika hanya bergantung kepada “makan gaji” kemungkinan mereka yang bergaji rendah tidak dapat hidup dengan selesa sekarang ini. Jadi, ramai pekerja dari sektor kerajaan mahupun swasta membuat langkah drastik dengan menceburi bidang perniagaan.
Perniagaan yang mudah dan boleh dilakukan secara sampingan adalah dengan “bisnes online”. Kewujudan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya menjadi medan untuk mempromosikan perniagaan.
Peniaga Online Wajib Daftar Perniagaan di SSM
[alert-announce]”Melalui peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram” – Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri KPDNKK[/alert-announce]
Tidak kira anda berniaga secara online atau offline, anda diwajibkan untuk daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Penguatkuasaan ini dibuat kerana sudah banyak aduan dari pengguna mengenai penipuan peniaga internet.
Pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dapat mengelakkan dari perniagaan anda dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Bagaimana cara untuk daftarkan perniagaan di SSM?
Terdapat dua cara mudah untuk membuat pendaftaran perniagaan anda di SSM:
- Daftar terus di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).
- Daftar SSM secara online di laman web www.ssm.com.my
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran perniagaan:
- Kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan
- Wang sebanyak RM70 atau lebih
Apa yang perlu disediakan sebelum membuat pendaftaran perniagaan anda di SSM?
Perkara penting yang sangat diperlukan adalah senarai 3 nama perniagaan yang bakal anda daftarkan nanti. Senarai 3 nama ini adalah bertujuan untuk pihak SSM membuat pilihan nama lain andai ditakdirkan nama perniagaan itu telah diguna atau didaftarkan oleh orang lain.
[alert-warning]Jika anda betul-betul serius untuk menjalankan perniagaan anda sendiri tidak kira secara online atau offline, anda wajib daftar perniagaan anda. Banyak manfaat yang anda bakal dapat selepas pendaftaran perniagaan anda dengan SSM.[/alert-warning]
Afif Rayyan
Dah dua taun aku bukak syarikat, xde manfaat pun.. hmmm
Syed
Pening plak kepala dok cari mana nak klik ‘daftar perniagaan’