BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti Peristiwa

Islah Ibrahim
tarikh bayaran pencen 2023

Kemaskini terbaru dari Kerajaan Persekutuan Malaysia, telah memberikan makluman terkini mengenai tarikh bayaran pencen 2023. Berita ini sedikit sebanyak boleh membuatkan para pesara kerajaan di Malaysia mampu tersenyum.

Bantuan khas kewangan akan diberikan kepada pesara berjumlah RM350 yang dijangka akan disalurkan pada Januari 2023. Inisiatif ini dapatlah membantu meringankan beban kewangan yang kini sedang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Artikel ini akan berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh bayaran pencen 2023 atau jadual yang boleh para pesara membuat rujukan.

Pencen atau Persaraan ‘Pension’ yang disebut dalam istilah bahasa inggeris adalah sebuah peruntukan dari kerajaan untuk menyediakan pendapatan kepada orang awam yang mana mereka ini tiada lagi pekerjaan atau pendapatan tetap dari pekerjaan sebelum ini.

Wang persaraan ini kebiasaannya diberikan kepada gologan yang telah menyara atau ada mengalami kecacatan yang membuatkan seorang itu terpaksa berhenti bekerja.

Dalam perkongsian ini, tarikh bayaran pencen 2023 ini amat penting untuk makluman para pesara atau waris yang berkenaan untuk mendapatkan notifikasi segera kerana ini melibatkan wang perbelanjaan anda yang menjadi keperluan semasa.

Setiap pesara haruslah menguruskan wang ini dengan baik dengan merancang dengan tersusun supaya dapat digunakan sepanjang bulan sebelum menerima wang pencen di bulan seterusnya.

Jadual/ Tarikh Bayaran Pencen 2023

Tarikh bayaran pencen 2023 ini adalah merujuk kepada pesara kerajaan berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan rujukan JPA 800-1/6/3 (25): Jadual 1.

Jadual bayaran pencen 2023 adalah seperti berikut:

BULANTARIKHHARICATATAN TAMBAHAN
Januari16/1/2023IsninTahun Baru Cina (22 & 23 Januari 2023 Ahad & Isnin)
Februari20/2/2023Isnin
Mac20/3/2023Isnin
April13/4/2023KhamisHari Raya Puasa (22 & 23 April 2023 Sabtu & Ahad)
Mei18/5/2023KhamisHari Pesta Keamatan (30 & 31 Mei 2023 Selasa & Rabu)
Jun19/6/2023IsninHari Gawai ( 1 & 2 Jun 2023 Rabu & Khamis)
Hari Raya Aidiladha ( 29 & 30 Jun 2023 Khamis & Jumaat)
Julai20/7/2023Khamis
Ogos21/8/2023Isnin
September21/9/2023Khamis
Oktober19/10/2023Khamis
November20/11/2023IsninSambutan Deepavali (12 November 2023 Ahad)
Disember14/12/2023KhamisSambutan Krismas (25 Disember Isnin)

Penerangan Bayaran Pencen Disebabkan Peristiwa

Berikut adalah penerangan terpeinci bagi bulan-bulan yang tidak mengikut jadual kebiasaan bayaran:

ARTIKEL LAIN  Cuti Umum Kelantan 2023 (Cuti Peristiwa dan Hari Kelepasan AM)

Januari

Bulan Januari, tarikh bayaran pencen adalah pada 16 Januari 2023 dan jatuh pada hari isnin. Ianya telah diawalkan sedikit kerana bulan Januari diadakan sambutan perayaan tahun baru cina yang jatuh pada 22 dan 23 Januari iaitu pada hari ahad dan isnin

Februari dan Mac

Bagi bulan Februari tarikh bayaran pencen adalah 20 Februari 2023 yang jatuh pada hari isnin

Manakala bulan Mac pula ianya dibayar pada 20 Mac 2023 yang jatuh juga pada hari isnin. Bulan Februari dan Mac akan dibayar pada tarikh kebiasaan pencen bulanan dibayar kerana tiada cuti umum atau peristiwa yang berlaku pada masa itu.

April dan Mei

Tarikh bayaran pencen bagi bulan April adalah 13 April 2023 yang jatuh pada hari Khamis, ianya diawalkan dari kebiasaan berikutan ada cuti umum iaitu Hari Raya Puasa yang akan disambut oleh umat islam pada 22 dan 23 April 2023. Peristiwa ini jatuh pada hari Sabtu dan Ahad

Bulan Mei pulan tarikh bayaran adalah pada 18 Mei 2023 pada hari Khamis. Ianya dibayar pada tempoh kebiasaan walaupun pada bulan Mei mempunyai peristiwa Pesta Keamatan pada hari Selasa dan hari Rabu. Ini kerana sambutan pesta ini disambut pada 30 dan 31 Mei iaitu selepas tarikh bayaran biasa pencen.

Jun, Julai, Ogos, Oktober dan November

Bagi bulan Jun hingga November tarikh bayaran pencen 2023 adalah seperti kebiasaan iaitu pada 19, 20 atau 21 haribulan. Meskipun pada bulan Jun ,Julai dan November mempunyai peristiwa istimewa tetapi tarikh istimewa tersebut adalah selepas atau sebelum tarikh kebiasaan pencen dibayar.

Disember

Bulan Disember tarikh bayaran pencen 2023 diawalkan pada 14 Disember 2023 yang jatuh pada hari Khamis. Bulan tersebut mempunyai peristiwa Sambutan Krismas yang jatuh pada 25 Disember pada hari Isnin.

Semoga perkongsian tarikh bayaran pencen 2023 ini dapat memberikan makluman terkini untuk para pesara kerajaan atau waris merancang perbelanjaan untuk memastikan anda tidak terbeban dengan masalah kewangan setiap bulan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu.jpg
    Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu
    November 18, 2015 0
  • Kisah Sedih Kematian Kartun Shin Chan
    Kisah Sedih Kematian Kartun “Shin Chan” Ini …
    November 17, 2017 0
  • Semakan Daftar Pemilih
    Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Online …
    October 31, 2022 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)