
Artikel ini adalah perkongsian untuk anda yang ingin mengetahui harga buat pasport Malaysia untuk yang pertama kali akan ke luar negara. Berikut akan dikongsikan kepada anda harga pasport Malasia antarabangsa.
Makluman ini adalah dari sumber rasmi melalui Portal Jabatan Imigresen Malaysia dibawah pertadbiran Kementerian Dalam Negeri.
Pasport Malaysia ini adalah dokumen perjalanan secara sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk tujuan perjalanan ke luar negara.
Tanpa pasport anda tidak boleh ke mana-mana negara luar begitu juga apabila anda berada di luar negara, sekiranya anda tidak mempunyai pasport, anda tidak akan dibenarkan pulang ke negara. Anda perlu berurusan dengan Kedutaan Malaysia terlebih dahulu dan mengikuti prosedur sebelum dibenarkan pulang.
Warganegara Malaysia layak untuk memohon pasport di semua cawangan pejabat imigresen di Malaysia. Sekiranya anda berada di luarga negara, anda juga boleh memohon pasport di Pejabat Perwakilan Malaysia yang mempunyai tempoh sah sehingga 5 tahun dari tarikh diberikan.
Makluman Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2023
Ini adalah kemaskini harga terkini Pasport Malaysia bagi tahun 2023 untuk rujukan warganegara Malaysia.
Makluman Penting: Telah berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015, jumlah bayaran untuk permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk warganegara yang berumur dari 13 tahun sehingga 59 tahun telah diturunkan dari RM300 ke RM200. Pasport ini sah bagi tempoh 5 tahun dari tempoh dikeluarkan.
Jumlah bayaran bagi pemohon yang berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah termasuk jemaah haji adalah RM100. Jika pemohon adalah Orang Kurang Upaya (OKU) kadar bayaran adalah PERCUMA. Berikutan pengumuman ini,semua permohonan yang melibatkan tempoh dua tahun yang dibayar pada jumlah RM100 telah pun dimansuhkan.
Berikut adalah jadual harga buat pasport Malaysia mengikut kategori:
KATEGORI | HARGA |
1. Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun ) | RM200 |
2. Warga emas (60 tahun ke atas) | RM100 |
3. Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) | RM100 |
4. Penuntut atau pelajar yang mengikuti pengajian di luar negara bagi program Ijazah ( berumur 21 tahun dan ke bawah) | RM100 |
5. Jemaah Haji ( Yang mendapat surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi haji yang dilantik) | RM100 |
6. Orang Kelainan Upaya (OKU) | PERCUMA |
Permohonan Baru Kali Pertama dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa
Selepas anda mengetahui harga buat pasport Malaysia terkini, berikut dikongsikan pula makluman penting untuk membuat permohonan.
Bagi anda yang memohon pasport Malaysia antarabangsa buat kali pertama, anda perlu hadir (walk-in) ke Pejabat Imigresen yang berhampiran anda. Bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun adalah digalakkan membawa dua keping gambar dengan mengikut saiz yang ditetapkan.
Bagi anda yang hanya untuk melakukan renew pasport, anda boleh berbuat demikian secara online melalui pautan berikut
Selepas anda mengetahui harga buat pasport Malaysia , ini adalah cara bayaran untuk permohonan atau renew ini, anda boleh memilih samada cara tunai, kad kredit, wang pos atau bank draf yang dipalang (Sah atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri)
Tambahan Makluman Penting Untuk Perhatian
1. Semasa proses mengambil gambar, gambar akan di ambil di bahagian pasport dengan menggunakan alat Facial Live Capture
2. Anda yang memohon perlu memakai pakaian yang gelap dan menutup bahu serta dada
3. Tidak dibenarkan memakai topi dan rambut tidak melindungi wajah serta tidak menutupi dahi bagi pemohon yang bertudung
4. Tidak dibenarkan memakai cermin mata
5. Sekiranya pemohon adalah bertudung, anda mesti memakai tudung yang berwarna gelap.
Pasport Hilang Di Luar Negara, Apa Nak Buat?

Antara perkara yang paling merisaukan kita ketika berada di luar negara adalah pasport perjalanan kita hilang secara tiba-tiba. Mungkin sahaja hilang atau dicuri.
Perkara ini tidak mustahil berlaku kepada sesiapa sahaja , maka tips ini adalah persediaan sekiranya anda menghadapi situasi ini.
Sekiranya pasport anda hilang di luar negara, anda akan terkandas di negara tersebut, kerana pasport adalah syarat semasa anda ingin ke luar negara atau pulang. Pasport akan diminta semasa anda ingin melalui bahagian imigresen negara tersebut.
Pertama sekali, anda jangan panik dan ikuti langkah-langkah ini.
1. Buat laporan polis di balai polis berdekatan
Selepas anda mengesahkan bahawa pasport anda hilang, anda perlu membuat laporan dan membuat simpanan laporan polis tersebut. Ianya akan diminta semasa anda lakukan langkah seterusnya.
Anda juga digalakkn menyediakan beberapa simpanan salinan laporan ini untuk tujuan tuntutan insurans.
2. Hadir ke Pejabat Kedutaan Malaysia / Pusat Misi Malaysia
Anda boleh hadir ke Pejabat Kedutaan Malaysia di negara tersebut atau mana-mana Pusat Misi Malaysia dan laporkan kehilangan pasport anda. Alamat kedutaan anda boleh cari di Laman Kementerian Luar Negeri melalui pautan ini. Ini termasuk Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau Konsulat Besar Terdekat. Sila klik pautan dibawah
Jika negara tersebut tidak mempunyai kedutaan Malaysia, anda perlu hubungi kedutaan Malaysia yang terdekat atau berhampiran dengan negara tersebut untuk mengetahui langkah seterusnya
NOTA PENTING: Ada juga sesetengah kedutaan perlu membuat temujanji dahulu sebelum berurusan.
3. Memohon Dapatkan Sijil Perakuan Cemas
Sijil ini diperlukan untuk menjadi dokumen pelancongan sementara yang boleh membenarkan anda untuk melepasi bahagian imigresen dan boleh pulang ke Malaysia
Untuk makluman anda, sijil ini hanya sah untuk 12 bulan sahaja dan dibenarkan satu perjalanan ke negara dalam yang ada ditulis dalamnya ( Malaysia ).
Diharapkan perkongsian ringkas mengenai harga buat pasport Malaysia terkini ini dapat memberikan panduan yang jelas sekiranya anda ingin membuat permohonan pasport baru anda. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda yang akan ke luar negara mengenai artikel ini.