BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tips dan Cara Untuk Menjadi Kaya

ammar November 25, 2015

tips dan cara nak jadi kaya.jpg Tips dan Cara Untuk Menjadi Kaya

Menjadi kaya raya dan bebas kewangan adalah idaman ramai manusia di dunia ini. Tetapi tidak ramai yang ingin menjadi kaya berjaya untuk kaya. 

Penulis buku Rich Dad, Poor Dad, Robert T Kiyosaki menyatakan ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif. Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya.

Apabila seseorang itu mencapai status “kaya”, seringkali duit akan bekerja untuk mereka dan bukanlah mereka bekerja untuk duit. Itulah satu kejayaan yang paling menyeronokkan. Mereka mungkin bosan dengan kemasukan duit setiap hari dengan sekadar goyang kaki.

Dalam keadaan ekonomi sekarang agak mustahil bagi kita untuk menjadi kaya sekelip mata. Tetapi kita mungkin tidak sedar ada cara mudah lain yang membolehkan ramai menjadi kaya dengan cepat.

Ini bukanlah “jalan pintas” seperti yang dianggap oleh masyarakat umum, tetapi ini cara “tersembunyi” yang mungkin tidak terlintas dalam fikiran anda untuk kaya. Pendek kata murah rezeki, mungkin bukan kaya dari segi kewangan tapi ‘kaya’ dari pelbagai sudut.

Macam mana nak jadi kaya?

Seorang lelaki bernama Bob Rich(akaun facebook), mendedahkan  10 tips atau cara paling mudah untuk menjadi “ORANG KAYA”.

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat macam tu.

3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

ARTIKEL LAIN  Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila Berkawan Dengan Gadis Kelantan

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada pergi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan atau gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengoklah orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit dekat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka.Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat macam tu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?

Sumber Asal: Bob Rich

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Amalan sedekah yang berterusan dapat membuka jalan ke arah kekayaan… Terima kasih di atas tip yang diberikan..

    November 25, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 4
    Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Niat …
    January 7, 2023 0
  • Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah
    Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan …
    September 1, 2017 2
  • Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018 0
  • 102520fakta2520tentang2520titanic1
    10 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai …
    September 21, 2015 0
  • 14242254 1068381436616079 6055827311968824990 o
    Doa Selepas Azan Arab dan Rumi Serta …
    November 29, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)