Sekiranya anda tercari-cari bagaimana cara untuk mendaftar Aeon Credit Online Payment berkenaan dengan cara daftar akaun dan semak baki pinjaman. Anda telah berada pada laman yang tepat. Penulis akan bantu anda kongsikan jawapannya.
Kini kemudahan pinjaman dari institusi pinjaman sudah semakin bertambah dan ianya adalah kemudahan secara sah yang diakui oleh Bank Negara Malaysia. Ramai dalam kalangan kita yang memohon pinjaman untuk membuat pembelian barangan elektronik dan motosikal secara bayaran ansuran. Kemudahan ini dapat membantu anda untuk memiliki barang tersebut secara pinjaman.
Antara pilihan terbaik yang anda boleh pilih ialah AEON yang merupakan syarikat paling dikenali di Malaysia sebagai penyedia kredit.
Mana-mana institusi pinjaman pun pasti akan ada kontrak yang perlu diikuti oleh peminjam. Anda wajib membayarnya setiap bulan supaya rekod pembayaran anda berada dalam keadaan baik dan memberikan ‘score’ yang baik dalam rekod CCRIS anda.
Dalam perkongsian ini, akan membantu anda bagaimana untuk mendaftar dan menyemak baki pinjaman anda hanya secara atas talian menggunakan Aeon Credit Online Payment.

Cara Daftar Akaun dan Login
Selepas pinjaman anda dilluluskan oleh pihak AEON, anda boleh mula menyemak rekod pinjaman anda secara online dengan menggunakan portal yang disediakan oleh pihak AEON Credit. Semua urusan seperti jadual bayaran pinjaman, e-receipt, urusan selesaikan hutang adalah melalui sistem ini.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mula menggunakan portal AEON Credit Online Payment:
Item | Pautan |
Anda boleh mula mendaftar kali pertama aeon credit secara online dengan klik pada pautan berikut | https://www.aeoncredit.com.my/register |
Setelah anda memiliki akaun aeon credit online payment, anda terus boleh login pada pautan berikut | https://www.aeoncredit.com.my/login |
Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Secara Online
Item | Pautan |
Anda boleh semak baki pinjaman AEON Credit anda secara online melalui pautan yang sama seperti yang dikongsikan di atas. Semua urusan pinjaman anda seperti pinjaman motosikal, barangan elektronik dan sebagainya adalah melalui sistem ini. Dengan adanya aeon credit online payment urusan semakin mudah dan cepat. | https://www.aeoncredit.com.my/login |
Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit melalui SMS
Selain menggunakan portal online, anda juga boleh membuat semakan melalui sms untuk urusan aeon credit loan balance check.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pergi ke bahagian messaging anda
- Taip abjad AEON-masukkan keyword pilihan urusan- Contohnya AEONkeyword (4 nombor terakhir kad pengenalan anda)
Ini adalah keyword yang digunakan untuk membuat semakan berkenaan kad kredit/inquiry Credit Card:
- Tahu status permohonan: Taip AEON CCSTS 5674*
- Tahu baki tunggakan: Taip AEON CCBAL 5674*
- Tahu Amaun bayaran minimum: Taip AEON CCMIN 5674*
- Tahu berapa limit yang ada: Taip AEON CCAVA 5674*
- Nak aktifkan kad: AEON CCACT 9807**5674*
**9807= adalah merujuk kepada 4 digit terakhir no kad kredit AEON anda
*5674= adalah merujuk kepada 4 digit terakhir no kad pengenalan atau passport anda
Berikut pula adalah keyword untuk urusan pembiayaan peribadi AEON-XPRESS/Personal Financing Inquiry
- Tahu status permohonan: Taip AEON STS 5674*
- Tahu baki tunggakan: Taip AEON BAKI 5674*
- Tahu jumlah bayaran terakhir: Taip AEON AKHIR 5674*
Caj akan dikenakan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan melalui sms
- Sebanyak RM0.15 sen akan dicaj untuk setiap satu SMS. Ini adalah caj biasa.
- Bagi SMS yang gagal diterima pula, anda dikenakan caj pada kadar SMS yang ‘standard’.
- Caj ‘standard’ ini adalah merujuk kepada khidmat rangkaian
3. Langkah ketiga ialah anda perlulah menghantar SMS Code ini kepada nombor 63633
Itulah sahaja cara yang anda boleh lakukan untuk menggunakan khidmat SMS ini. Pasti ianya dapat memudahkan anda untuk membuat semakan pinjaman AEON Credit selepas ini.
Selepas anda membaca artikel ini, anda boleh terus menggunakan sistem Aeon Credit Online Payment yang memudahkan urusan semakan tanpa perlu pergi ke mana-mana kaunter Aeon Services.