Bagi golongan yang menitikberatkan penjagaan wajah dan tidak gemar untuk membeli produk kesihatan dan kecantikan secara langsung ke kedai, kini, anda boleh mendapati produk-produk tersebut di laman web membeli belah online yang dipercayai. Anda hanya memerlukan akses internet serta telefon pintar atau komputer untuk membuat pembelian. Selepas pembelian anda cuma perlu tunggu selama 2-3 hari untuk sampai ke rumah anda. Berikut merupakan antara laman web yang boleh anda layari bagi mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dengan harga yang menarik.
5 Laman Web Terbaik Membeli Belah Produk Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia
1) Watsons Malaysia
Laman web ini tidak asing lagi bagi penggemar barangan kesihatan dan kecantikan. Watsons Malaysia menawarkan barangan-barangan kesihatan seperti vitamin, supplemen dan aksesori kesihatan seperti thermometer. Bagi produk kecantikan pula, mereka menawarkan set-set penjagaan muka seperti permbersih muka, “foundation”, “facial mask”, dan sebagainya. Antara jenama yang ditawarkan adalah seperti Bio Oil, Eucerin, L’Oreal, Panadol dan banyak lagi. Selain itu, ada juga barangan yang ditawarkan bersama dengan hadiah eksklusif percuma bagi jenama tersebut. Sehingga 26 Ogos 2018, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 10% bagi “facial mask” untuk jenama-jenama yang tertentu sekiranya anda membeli secara atas talian. Bagi membeli barangan dari Watsons secara atas talian, minimum pembelian adalah berjumlah RM10 dan caj penghantaran percuma akan diberikan bagi setiap 3kg untuk pembelian berjumlah RM150 ke atas. Harga barangan di atas talian biasanya sama dengan harga di kedai Watsons itu sendiri.
2) Hermo
Antara barangan kesihatan yang ditawarkan di dalam laman web ini adalah seperti supplemen jenama Brands manakala untuk barangan kecantikan pula, antara barangan yang ditawarkan adalah set-set penjagaan badan, muka dan rambut serta aksesori untuk membentuk tubuh badan yang menarik. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan jenama yang ditawarkan. Antara jenama-jenama tersebut ialah Shiseido,Nivea, L’Oreal Paris dan sebagainya. Hermo menawarkan diskaun sebanyak RM15 bagi setiap pelanggan baru yang mendaftar di laman web mereka.
3) Guardian Malaysia
Seperti Watsons Malaysia, Guardian juga ada menawarkan pembelian secara atas talian. Antara barangan kesihatan yang ditawarkan ialah vitamin serta supplemen seperti vitamin A, multivitamin, antioksidan, barangan kesihatan untuk tulang dan sendi, dan banyak lagi. Antara barangan kecantikan pula ialah suplemen untuk kulit muka dan badan, selain barangan untuk meningkatkan serta menurunkan selera makan. Antara jenama yang ditawarkan ialah Appeton, 21st Century, Bio-Life, Champs, Blackmores, Kinohimitsu dan banyak lagi. Sempena hari merdeka, Guardian menawarkan tawaran diskaun sehingga 50% untuk barangan tertentu.
4) Sephora Malaysia
Sephora Malaysia menawarkan barangan untuk penjagaan muka serta aksesori muka seperti peralatan solek. Antara jenama yang ditawarkan pula ialah AQUIS, Botanis, dUck cosmetics dan sebagainya. Pelanggan akan diberi kupon diskaun sebanyak 10% bagi pembelian pertama atas talian dan caj penghantaran percuma bagi pembelian bernilai RM80 ke atas. Sephora juga sedang mengadakan diskaun pertengahan tahun sehingga 50% bagi barangan tertentu.
5) iHerbs
iHerbs menawarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang terdiri daripada jenama-jenama seperti Enzymedica, Super Nutrition, Garden of Life, dan banyak lagi. Produk-produk ini amat sesuai bagi penggemar produk organik kerana iHerbs menawarkan lebih 30,000 produk kecantikan dan kesihatan organik sahaja dengan harga yang cukup berpatutan. Selain itu, pelanggan yang membeli produk secara online akan mendapat diskaun sebanyak 10% bagi pembelian pertama.