BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tonton Online “Insan Terpilih” Drama TV3 Slot Cerekarama

ammar

Insan Terpilih satu telefilem yang menarik untuk ditonton secara langsung di Slot Cerekarama TV3.

Telefilem ini bersiaran pada hari Sabtu, 7 September pukul 9:30 malam di TV3. Menampilkan lakonan Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, dan Zara Zya. Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan terbitan dibawah Aniq Communication Sdn Bhd.

Setelah tayangan telefilem Insan Terpilih ini di TV3, ramai mula bercerita mengenai kisah ini. Sebuah telefilem yang mampu membuatkan ramai orang menitiskan air mata.

Apa yang menarik adalah yang mendedahkan, telefilem ini berdasarkan adaptasi dari kisah benar yang berlaku di dunia realiti. Kisah yang berlaku di Klang Selangor dan pernah tular suatu ketika dahulu.

Apa-apa pun kita ucapkan tahniah kepada semua krew yang menjayakan telefilem yang menyentuh perasaan ini. Anda semua telah berjaya menyentak hati-hati para penonton yang menontonnya. Tahniah sekali lagi!

Tonton Online Telefilem Insan Terpilih TV3 (Slot Cerekarama)

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk tonton secara live di TV3 drama ini, anda boleh menonton secara atas talian (online) video dibawah:

KLIK SINI untuk tonton terus melalui Youtube.

Info Telefilem Insan Terpilih TV3

Tajuk : Insan Terpilih

Waktu Siaran : Sabtu, 7 September 2019, 9:30 malam

Siaran TV : Slot Cerekarama TV3

Penulis Skrip : Yati Chung

Pengarah : Nazir Jamaluddin

Produksi : Aniq Communication Sdn Bhd

Pelakon : Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan

Sinopsis Penuh Telefilem Insan Terpilih TV3

Firdaus yang hidupnya tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip n@jis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.

ARTIKEL LAIN  Semerah Cinta Humairah Episod 1 Drama Slot Samarinda TV3

Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain.

Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus GiL@”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.

Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.

Prev Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah
    Sinopsis Penuh Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)
    July 24, 2018 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 20 Drama Slot …
    July 26, 2018 0
  • Jangan Benci Cintaku Episod 21
    Jangan Benci Cintaku Episod 21 Drama Slot …
    July 27, 2018 0
  • Semerah Cinta Humairah Episod 2
    Semerah Cinta Humairah Episod 2 Drama Slot …
    July 25, 2018 0
  • boxer merah
    Ustaz Madi Buat Hal Lagi, Video Boxer …
    April 18, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)