BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kerajaan Kaji Pengharaman Waze dan Google Maps di Malaysia

ammar

kerajaan kaji haramkan waze dan google maps.jpg Kerajaan Kaji Pengharaman Waze dan Google Maps di Malaysia

Kepesatan teknologi kini membuatkan dunia dapat “dilihat” dengan mudah. Jika anda adalah salah seorang pengguna aplikasi waze atau google maps, anda sudah pasti tidak bersetuju dengan berita ini. “Kerajaan kaji pengharaman waze dan google maps di Malaysia?

Memandangkan aplikasi ini sangat penting buat rakyat Malaysia sebagai “pandu arah” adalah tidak sesuai jika ianya diharamkan di Malaysia. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira antaranya adalah perubahan jalan yang sering berlaku terutamanya di kawasan Klang Valley. Namun, tidak dinafikan penggunaan aplikasi ini juga boleh mengundang ancaman kebocoran maklumat negara kepada negara luar.

Parlimen turut membincangkan mengenai penggunaan waze dan google maps di Malaysia.

PARLIMEN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkemungkinan akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji potensi ancaman navigasi GPS seperti aplikasi Waze dan Google Maps terhadap negara.

Perkara itu dibangkitkan setelah dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menimbulkan kebimbangan bahawa aplikasi tersebut boleh digunakan untuk membocor maklumat sensitif meskipun telah dinafikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

“Rakyat Malaysia amat bergantung pada Peta Google dan Waze untuk berkongsi lokasi dan ini secara tidak langsung memberi maklumat mengenai Malaysia kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel serta boleh membawa kepada ancaman luar. Adakah terdapat sebarang usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menangani isu ini?” soal Raime Unggi, (BN-Tenom) pada sesi soal jawab.

Pertanyaan Tenom itu disokong oleh BN-Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim  yang berkata soalan Tenom itu penting untuk memastikan keselamatan negara.

Menurut Jailani, jika Ahli Parlimen merasa perkara itu perlu ditangani, maka kementeriannya akan mencadangkan MKN mengkaji itu itu secara keseluruhan. 

ARTIKEL LAIN  Ramai Pengunjung Terkejut Pakaian Cik Puan Khaleda Pegi Bazar Ramadhan…. Pergh!!!!

Sebelum itu, Jailani berulang kali menjelaskan bahawa penggunaan Waze dan Peta Google tidak menjadi satu kesalahan dan sebarang penghantaran data adalah tertakluk kepada dasar peribadi antara pengguna dengan Waze atau Google.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Idea Berita

    Benda bagus ada juga keburukkannya. Fikirkan sebelum buat keputusan

    December 11, 2015
  2. Ira

    bergantung juga pada cara pengunaannya.

    November 27, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1
  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • senarai-nama-menteri-kabinet-baru-julai-2015
    SENARAI MENTERI KABINET BARU JULAI 2015
    July 28, 2015 0
  • puteri zainah isteri najib
    Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib …
    May 20, 2018 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)