BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“YB kenal saya masa beliau kerja di UIA, Kini YB dah jadi menteri”… Sisi Baik Menteri Pendidikan Ini Patut Dicontohi

ammar

Hidup ini ibarat seperti roda, ada masa kita berada di atas dan ada masanya kita berada dibawah.

Semasa berada dibawah mungkin kita kenal ramai orang-orang bawahan yang sentiasa bersama kita sewaktu susah mahupun senang.

Namun, ketika berada di atas tidak semua orang memandang orang-orang bawahan yang bersama-sama sebelum ini semasa susah.

Satu pengajaran hidup yang kita contohi adalah satu kisah dari saudara Mohd Fadli Salleh.

Beliau menceritakan sisi baik Menteri Pendidikan sekarang iaitu Dr Maszlee Malik. Satu kisah yang mungkin tidak ada bagi sesetengah orang yang berjaya sekarang ini.

Perkongsian dari Mohd Fadli Salleh

Jamuan Hari Raya di rumah Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik semalam aku tertarik dengan adik kecil ini.

Dia membantu ayah ibunya memasukkan buah jambu potong dalam gelas sebagai hidangan kepada tetamu yang hadir. Lantas aku menyapa,

“Wah. Bagusnya kakak. Darjah berapa ni?”

“Darjah dua,” balasnya malu-malu.

“Sekolah mana?” soalku lagi.

“Sekolah Sri Gombak.”

“Eh. Jauhnya dari Sri Gombak Yb tempah jambu potong,” kata aku kepada si ayah yang berjanggut dan berkopiah itu.

Si ayah senyum lantas menjawab,

“Cikgu. Yb kenal saya masa beliau kerja di UIA. Kini Yb dah jadi menteri, beliau tak lupakan saya.”

Isterinya memandang kami sedang berbual sambil memganggukkan kepala.

Semalam aku belajar satu ilmu kehidupan yang sangat penting.

Siapa pun kamu hari esok, jangan lupakan orang-orang disekelilingmu.

maszlee
Dr. Maszlee bin Malik (Menteri Pendidikan Malaysia)

Sebesar mana pun jawatan kamu suatu hari nanti, jangan dilupakan kenalan yang kerjanya hanya kuli.

Yang pernah kita duduk dan berkongsi gelak ketawa. Yang pernah kita mengadu sakit sukar kita.

Jawatan itu takkan kekal.

ARTIKEL LAIN  Cara Claim RM50 E-Wallet Diumumkan Oleh Kerajaan, Ikuti Step Mudah Ini

Namun hubungan itu selamanya akan mekar jika kamu terus menghargai mereka.

Sungguh!

– Satu pelajaran kehidupan –

Bila di Atas Jangan Lupa di Bawah

Satu pengajaran yang dapat dari kisah ini adalah semasa kita di atas janganlah lupa orang yang dibawah kerana sebelum diatas kita juga pernah berada di bawah.

Pangkat dan darjat hanyalah sementara sahaja. Namun hubungan baik sesama insan lain yang akan terus kekal selamanya jika ianya tidak dilupakan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • saham facebook jatuh
    Saham Facebook Jatuh Merudum Kerana Pengumuman Perubahan …
    January 12, 2018 0
  • yusof azmi
    Apa Sudah Jadi Dengan Yusof Azmi?
    March 27, 2018 1
  • JAKIM BUBAR
    JAKIM Akan Dibubarkan Oleh Kerajaan PH? Ini …
    June 6, 2018 0
  • cikgu azizan
    Patutlah Cikgu Azizan Didakwa Di Mahkamah..Rupa-rupanya Ayah …
    December 19, 2017 0
  • dayung
    Elak “Traffic Jam”, Lelaki Ini Mendayung ke …
    February 20, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)