BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Akibat Tersilap Serah, Jenazah Sudah Menjadi Abu

ammar

mayatSungguh menyedihkan! Akibat tersalah serah jenazah kepada sebuah badan kebajikan, jenazah lelaki mualaf sudah dibakar dan hanya abu yang tinggal.

Jenazah lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang tersalah serah jenazah kepada sebuah badan kebajikan.

Difahamkan, nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan nama Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital tersebut.

Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah menyerahkan mayat.

Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu, kira-kira 10 pagi semalam(3 Jun 2017).

“Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk menuntut mayat. Namun, pihak pengurusan unit forensik memaklumkan, beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabit dan dijangka mengambil masa,” katanya hari ini.

Mohd Azmi berkata, mereka menyedari berlaku kesilapan kira-kira jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

“Pihak hospital kemudian menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu dan mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

“Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami jam 12 tengah hari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang,” katanya yang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut. 

ARTIKEL LAIN  Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu. 

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • wang tak dituntut
    BERITA BAIK! Kerajaan Umum Lancarkan Sistem Semakan …
    March 27, 2018 2
  • One Community Worldwide Tipu
    One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna …
    November 8, 2016 11
  • polis trafik pangkat banyak
    Ketua Polis Perlis Perjelas Gambar Polis Tular …
    July 11, 2019 3
  • gambar lelaki gemuk tipu duit orang.jpg
    Hati-Hati Dengan Lelaki Gemuk Penipu Ini
    December 29, 2015 7
  • perutusan khas perdana menteri
    Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan …
    June 5, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)