BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Saiz Bateri dan RAM iPhone 8, 8+ Akhirnya Diketahui, iPhone X Masih Misteri

ammar

Baru-baru ini pihak Apple telah mengumumkan siri baru iPhone mereka iaitu iPhone 8, iPhone 8+ dan iPhone X. Rata-rata peminat produk Apple sangat gembira dengan berita ini.

Namun yang masih menjadi misteri adalah semasa sesi pengenalan produk terbaru ini pihak Apple tidak menyatakan secara spesifik mengenai saiz bateri dan RAM yang digunakan.

Misteri mengenai spesifikasi bateri dan RAM pada iPhone 8 dan 8 Plus terjawab hari ini selepas ia ditemui melalui pendedahan di laman web TENAA.

iPhone 8 disertakan dengan RAM sebesar 2GB dan bateri sebesar 1821mAh. Saiz bateri ini adalah lebih kecil berbanding 1960mAh pada iPhone 7 tahun lalu. iPhone 8 Plus pula memiliki RAM sebesar 3GB dan bateri sebesar 2675mAh. Saiz bateri ini lebih kecil berbanding 2900mAh pada iPhone 7 Plus yang dilancarkan pada tahun lalu.iPhone 8 plus

Namun, pengguna tidak perlu risau kerana pihak Apple menjanjikan hayat penggunaan peranti yang lebih lama. Siri terbaru iPhone ini menggunakan pemproses A11 Bionic dan tidak menggunakan tenaga yang tinggi.

Paling menyedihkan saiz RAM dan bateri iPhone X masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

ARTIKEL LAIN  Lihatlah Apa Yang Terjadi Pada iPhone 7 Ini Selepas Siri Penderaan
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Mama Hakim

    Banyak duit habis nak beli iphone ni
    semata mata nak rangsang reseptor dopamine dalam otak

    September 15, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • iphone-7
    Lihatlah Apa Yang Terjadi Pada iPhone 7 …
    November 29, 2016 1
  • iPhone-SE-Plus-concept
    iPhone SE Plus Konsep Mula Diperlihat Dengan …
    October 10, 2017 0
  • TIME Fibre Internet
    Cara Daftar dan Harga Langganan TIME Fibre …
    July 11, 2017 0
  • warga asing
    1.5JUTA Pelarian Rohingya Tunggu Masa ke Malaysia
    April 23, 2020 2
  • Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri
    Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri …
    January 16, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)