BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tonton Siaran Langsung Pembubaran Parlimen Malaysia

ammar

Nampaknya teka-teki mengenai tarikh pengumuman pembubaran parlimen di Malaysia bakal terjawab tidak lama lagi apabila kenderaan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 8.40 pagi, hari ini.

Perdana Menteri dilihat memasuki Perdana Putra bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pagi ini di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.

Sebelum itu, turut kelihatan memasuki bangunan berkenaan ialah kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.

Mesyuarat mingguan Kabinet hari ini dipercayai mesyuarat terakhir jika Dewan Rakyat dibubarkan hari ini.

Kabinet dijadual bermesyuarat pagi ini dan bukan pada hari Rabu seperti minggu lalu.

Kumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen.

Menerusi sumber dari Berita Harian, Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman khas mengenai pembubaran Parlimen dijangka jam 11.30 pagi ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Diharap supaya rakyat Malaysia mengikuti siaran langsung yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

ARTIKEL LAIN  Video Suami Tangkap Isteri Curang Guna Drone
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • maybank alert
    MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan …
    September 13, 2020 0
  • bergaduh di tol
    Lelaki Bertumbuk di Tol Rayu Bantuan Kewangan …
    September 20, 2019 0
  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • tun_mahathir_mohamad_istana_negara
    Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai …
    June 2, 2020 1
  • budak sekolah
    Budak Sekolah Bawa Beg Berharga RM46k Ke …
    August 11, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)