BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam Tak Rangup

ammar April 3, 2018

Puan Zaleha, anda mungkin hilang tempat dalam pertandingan ini, tetapi anda telah memenangi hati kita! Jangan ubah cara memasak anda untuk dunia!, itulah antara kata-kata semangat yang diberikan kepada Peserta MasterChef UK 2018 ini.

Puan Zaliha Kadir Olpin iaitu salah seorang peserta MasterChef UK telah disingkirkan dalam siri baru kerana menurut chef, ayam rendang yang dihidangkan tidak rangup.

Pada tahun 2004 ketika berada di Australia, beliau mula menonton pertunjukan masakan paling popular ini.

Walau bagaimanapun, bekas akauntan Petronas berusia 48 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang ini tidak mempunyai banyak masa atau peluang untuk menjadikan impiannya sebagai realiti kerana telah berpindah-randah ke enam buah negara selama 18 tahun.

Di dalam tempoh itu, beliau mengasah minatnya untuk memasak masakan tempatan Malaysia tidak kira di mana beliau berada.

Zaleha berjaya memasuki pusingan kalah mati peringkat suku akhir MasterChef UK, dimana para peserta dicabar untuk memasak hidangan yang penting kepada dirinya sendiri.

Zaleha Pilih Masak Nasi Lemak Ayam Rendang

Semasa pusingan itu, Zaleha memberitahu hakim MasterChef UK yang dikenali sebagai Chef John Torode bahawa beliau memilih untuk membuat nasi lemak kerana hidangan ini merupakan makanan kegemarannya semasa kecil.

“Ia sangat istimewa,” katanya kepada Chef John ketika ditanya apa maksud hidangan itu kepadanya.

Tetapi, Chef John terus mengkritik bahawa rendang ayam Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur.

Zaleha kemudiannya disingkirkan daripada pusingan itu selepas keputusan yang dibuat oleh John Torode dan Gregg Wallace.rendang ayam tak rangup

Mereka berdua dikatakan tidak berpuas hati dengan hidangan ayam rendang tersebut kerana tidak rangup.

ARTIKEL LAIN  Pasu Saya Akan Sedut Semua Jerebu

“Kulit ayam tidak rangup, ianya tidak boleh dimakan,” ujar Gregg kepada Zaleha ketika beliau menghidangkan nasi lemak dan ayam rendang tersebut kepada para hakim untuk dikomen.

John kemudian memberitahu Zaleha bahawa keputusannya untuk memilih Nasi Lemak Ayam Rendang sebagai hidangan yang bakal dipersembahkan adalah kesilapan yang besar.

Ramai masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua chef tersebut termasuk chef selebriti no. 1 Malaysia iaitu Chef Wan.

Chef Wan tidak bersetuju dengan tindakan mereka menyingkirkan Zaleha dalam pusingan itu kerana baginya hidangan Nasi Lemak Ayam Rendang ini sama sekali berbeza dengan masakan itik atau sebagainya.

“Jelas sekali dia tidak tahu apa yang dikatakannya, kami memasaknya dengan cara rendang Malaysia,” katanya, merujuk kepada komen Gregg mengenai kulit ayam Zaleha yang dikatakan tidak rangup.

Walau bagaimanapun, ramai netizen menyokong Zaleha dan berasa bangga dengan pencapaiannya menyertai pertandingan MasterChef UK itu.

Anda mungkin telah tersingkir dari pertandingan ini tetapi dalam masa yang sama anda adalah wira kami. Anda berjaya mempertahankan cara masakan asli rendang. Jangan ubah cara masakan kita demi memenangi hati para juri yang tidak tahu apa-apa mengenai masakan kita.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Betul tu. Terima kasih atas info yang menarik dan bermaklumat ye.

    April 3, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • kemalangan lori
    Selepas Tiga Hari ‘Pemergian’ Suhaimi, Ibunya Dedah …
    February 28, 2019 1
  • graduan um
    Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena …
    October 15, 2019 0
  • anak kecil
    Anak Kecil Ini Mencuri Popcorn Dari Putera …
    September 29, 2017 0
  • dato cabar datuk
    Kerana Nyanyian Jadi Fenomena, Dato’ Seri Vida …
    July 28, 2017 0
  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)