BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Babi Hutan Indonesia Ceroboh Melaka Kata Exco

ammar

Populasi babi hutan kian meningkat di Melaka, Negeri Bersejarah, lapor The Star.

Spesis babi hutan kini berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka.

Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Exco pertanian negeri berkata perkara itu tidak dijangka, walaupun babi hutan memang diketahui pandai berenang.

“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.

“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia” ujar beliau.

“Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain,” katanya.

Katanya lagi, populasi babi hutan di Pulau Besar juga mampu untuk mengatasi jumlah populasi penduduk sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Justeru, jabatan perhilitan negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar babi hutan di negeri itu.

Untuk membanteras masalah itu, Jabatan Perhilitan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar.

Pulau Besar terkenal sebagai tempat mistik dengan dengan adanya beberapa telaga dan peninggalan seperti kubur-kubur lama.

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah berlabuh di pulau itu sebelum meneruskan ekspedisi ke India, Sri Lanka dan Afrika.

Negeri Bersejarah, Melaka jika tidak dikawal dari pencerobohan babi hutan mungkin boleh merosakkan ekosisten asal yang telah lama wujud.

Melaka memang terkenal sejak dahulu lagi sebelum Malaysia terbentuk, Melaka sudah menjadi sebuah kota yang disegani dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing.

Diharap usaha-usaha untuk mengawal penceroboh babi hutan dari Indonesia berjaya dijalankan supaya ekosisten di Melaka terjaga.

ARTIKEL LAIN  6 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Tertarik Dengan Gadis "Nerd" Berbanding Yang Lain
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Terowong Rahsia di Putrajaya
    Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai …
    August 18, 2015 6
  • EC555C30 DE31 4AC0 AF82 B7F3F9D57C63
    Dana Raya Terengganu 2023: Permohonan dan Syarat …
    May 31, 2023 0
  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1
  • pure white background 85a2a7fd 11
    Cara Isi e Filing LHDN 2022/2023 Kali …
    November 28, 2022 0
  • Tarikh Keputeraan Sultan Perak
    Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap …
    November 4, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)