Terima kasih kerana melawati ke laman ini, perkongsian kali ini akan membantu anda mengupas hukum ambil darah ketika berpuasa samada menderma darah atau melakukan ujian darah.
Jom ikuti perkongsian ini.
Tujuan Pengambilan Darah
Apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik atau Hospital,kadangkala untuk mendapatkan bacaan tertentu, anda perlu melakukan ujian darah untuk mendapat keputusan keadaan kesihatan anda.
Kebiasaannya, ujian ini dapat mengetahui bacaan untuk kadar kolesterol anda, bacaan gula dalam badan. Selain itu pengambilan darah juga melibatkan aktiviti derma darah yang melibatkan pengeluaran darah dalam kadar yang banyak. Perbuatan ini akan berkait dengan hukum ambil darah ketika berpuasa bagi seorang muslim yang sedang berpuasa.
Apa sahaja aktiviti pengambilan darah, semua berkait dalam soal hukum ambil darah ketika berpuasa yang akan dikupas pada kali ini.
Tidak dapat dinafikan, pengambilan darah ini memberi banyak manfaat kepada pesakit antaranya ialah doktor dapat mendiagnosis penyakit anda dengan tepat selepas ujian dilakukan.
Kewajipan Berpuasa
Setiap umat islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Ianya adalah amalan fardhu yang dilakukan selama satu bulan.
Arahan Allah S.W.T ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 183 yang bermaksud:
Wahai orḁng-orḁng yang beriman, diwḁjibkan ke atas kamu berpuḁsa sebagaimanḁ yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu dari kḁmi, supaya kḁmu menjadi bertḁkwa.
Isu hukum ambil darah ketika berpuasa ini timbul apabila ianya berkait dengan rukun puasa iaitu
- Berniat
- Tidak akan melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa
Syarat Wajib Untuk Berpuasa
Berikut adalah syarat-syarat untuk berpuasa yang mengandungi 7 perkara
1. Mesti beragama Islam
Anda mesti beragama islam, arahan berpuasa ini ditujukan kepada mereka yang beriman. Para ulama bersepakat bahawah mereka yang bukan beragama islam tidak diwajibkan untuk berpuasa.
2. Telah baligh
Syarat yang kedua seseorang itu telah baligh, kanak-kanak yang masih kecil atau belum baligh tidak diwajibkan berpuasa.
3. Mesti berakal
Seterunya syarat adalah mereka yang berakal dan tiada kewajipan ke atas orang gila untuk berpuasa.
4. Sihat tubuh badan
Mereka yang berpuasa mesti sihat tubuh badan atau sihat secara fizikal, orang yang sedang sakit dan tidak mampu berpuasa dibolehkan untuk tidak berpuasa namun perlu menggantinya semula jika sudah sihat.
5. Berkemampuan
Mereka yang mampu untuk berpuasa sahaja wajib melakukannya, manakala untuk mereka yang telah uzur atau sudah tidak berkeupayaan lagi, dibolehkan untuk tidak berpuasa tetapi perlu membayar fidyah.
6. Tidak dalam keadaan bermusafir
Orang yang sedang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa namun perlu menggantikannya semula.
7. Suci daripada haid dan nifas
Mereka yang dalam keadaan haid dan nifas iaitu wanita tidak diwajibkan berpuasa serta haram untuk melakukannya. Selepas haid dan nifas tamat, wanita boleh terus berpuasa dan menggantikan semula puasa ketika haid yang telah ditinggalkan. Terdapat juga keraguan adakah keluar darah haid ini termasuk dalam perkara hukum ambil darah ketika berpuasa. Ternyata ianya tiada kaitan kerana haid ini hanya melibatkan wanita sahaja
Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perbuatan | Penerangan |
1. Makan dan minum di siang hari | Jika anda melakukan perbuatan makan dan minum di siang hari dengan sengaja maka puasa akan terbatal |
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan | Perbuatan ini termasuk memasukkan vitamin dalam badan( yang boleh membuatkan rasa kenyang) , sesuatu yang dimasukkan itu boleh sampai sehingga ke perut. Jika perbuatan memasukkan ke rongga seperti mengorek hidung atau telinga, ianya tidak membatalkan puasa |
3. Muntah secara sengaja | Perbuatan muntah dengan sengaja boleh membatalkan puasa, namun jika tidak sengaja, boleh diteruskan berpuasa |
4. Bersetubuh di siang hari | Perkara ini dilaknat dalam islam dan boleh membatalkan puasa |
5. Beronani di siang hari | Perbuatan mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari boleh membatalkan puasa |
6. Dalam haid dan nifas | Wanita yang berada dalam keadaan haid dan nifas tiba-tiba semasa sedang berpuasa, maka puasanya akan terbatal |
7. Gila atau bertindak murtad | Mereka yang tidak sempurna akal tidak diwajibkan berpuasa dan boleh terbatal sekiranya mereka yang berakal tiba-tiba menjadi gila. Murtad juga boleh membatalkan puasa kerana syarat berpuasa adalah seorang yang beragama islam |
Hukum Ambil Darah Ketika Puasa Derma Darah Atau Ujian Darah
Persoalan mula timbul sekiranya seseorang itu sedang berpuasa tetapi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang memerlukan pengambilan darah. Berikut adalah kupasan secara jelas yang telah diterangkan oleh sumber sah melalui Portal Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalannya: Bagaimanakah hukum bagi orang yang berpuasa dan ingin menjalani ujian darah atau ingin menderma darah?
Mari kita ikuti sedikit kupasan ringkas mengenai hukum ambil darah ketika berpuasa ini
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2016, terdapat beberapa pandangan ada yang mengatakan hukumnya batal kerana mengambil pendapat ulama dari kalangan salaf dan khalaf.
Hadis ini adalah riwayat daripada Abu Daud (2369), Al-Tirmizi (774) dan Ibn Majah (1679)
Bermaksud: “terbatḁl puasa orang yḁng membekḁm dan yang dibekḁm”
Namun, ada juga yang pandangan lain yang merujuk kepada satu hadis dari Riwayat Al-Bukhari (1939), Abu Daud (2372) dan Al-Tirmizi (776)
Bermaksud: Rasulullḁh telah berbekḁm dan baginda sedang berpuḁsa.
Jawapan: Hukum ambil darah ketika berpuasa
Hasil kepada beberapa pandangan ini, pihak Mufti Wilayah Persekutuan yang telah dikeluarkan pada tahun 2016 lebih cenderung kepada pandangan tidak batal kerana mengambil qiyas dari pandangan hadis perbuatan Rasulullah tersebut.
Maka pendapat jumhur ulama bahawa berbekam atau mengeluarkan darah itu tidak membatalkan puasa.
Keputusan tersebut secara rasminya menyatakan hukum ambil darah ketika berpuasa, samada menderma darah atau ujian darah adalah harus dan tidak membatalkan puasa.
Namun jika perbuatan menderma darah itu boleh melemahkan anggota badan seseorang, keadaan tersebut adalah makruh. Diharapkan perkongsian hukum darah ketika berpuasa ini jelas untuk anda.
Kesimpulan
Persoalan hukum ambil darah ketika berpuasa, derma darah atau ujian darah akhirnya terjawab, bahawa hukumnya adalah harus dan tidak membatalkan puasa. Selepas ini bagi anda yang ingin menjalani ujian darah semasa berpuasa boleh berbuat demikian tanpa rasa ragu lagi.